Thursday, April 22, 2010

sedih betul !

Salam pada semua pembaca .. Hari ini aku nak kongsi perasaan sedih aku dengan sikap segelintir manusia yang suka mengambil sikap acuh tak acuh terhadap golongan insan istimewa..

Kadang-kadang hati aku ni geram je dgn sikap setengah-setengah pihak yang tidak bertanggung jawab ni.. Arghh... Geramnya..

Aku terdengar di radio seorang gadis menceritakan pengalaman beliau semasa menjaga adiknya yang merupakan seorang oku..

Pada suatu hari si kakak menemani adiknya yang merupakan seorang oku untuk membeli ais krim.. penjual ais krim memberikan ais krim kepada si adik.. mereka berjalan.. tiba-tiba si adik menunjukkan ais krim yang bocor kepada kakaknya.. menangis si kakak melihat adiknya.. si kakak terus berjumpa dengan penjual ais krim dan menyatakan tentang ais krim adiknya yang bocor itu..
Si penjual ais krim berkata.. "ala tak pe la dia cacat .. bukan dia tau pun.." si kakak menangis dan kecewa dengan sikap penjual tersebut..

Aku dan kawan-kawan yang lain yang ketika itu berada dalam kereta meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap penjual ais krim yang kurang ajar tu..

Aku memang hormat betul orang yang sanggup berkorban demi keluarga , jaga ahli keluarganya yang istimewa..

Teringat aku pada seorang sahabat aku yang mempunyai adik yang oku.. adiknya oku terlantar.. adiknya hanya mampu terbaring sahaja.. aku memang hormat sangat dengan dia .. Bukan sahaja disebabkan umurnya yang lebih tua dari aku tetapi dia juga seorang abang yang bertanggung jawab.. Dia sanggup tidak bekerja untuk menjaga adiknya yang istimewa itu.. Kalau dilihat remaja sekarang ni mana ada yang berminat nak duduk rumah sahaja.. Mereka lebih suka bekerja..

Kepada sahabat tersebut semoga saudara dirahmati oleh Allah.. dan saya juga mendoakan saudara berjaya didunia dan akhirat.. Teruskan perjuangan saudara..!

Monday, April 12, 2010

RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN




Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit...

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Thursday, April 8, 2010

taubat nasuha menurut pendapat ulama'

Ibn Kathir telah berkata di dalam tafsirnya: "Ertinya ialah taubat yang benar dan tegas,yang dapt menghapuskan kesalahan-kesalahan lalu,menghuraikan kekusutan orang yang bertaubat,menghimpunkan dan menyucikan kekotoran yang dilakukan.

"NASUH" adlah ungkapan mubalaghah(bersangkutan) daripada kata "NASIH",seperti "SYAKUR" dan "SABUR" yang merupakan ungkapan mubalaghah daripada kata "SYAKIR" dan "SABIR". Kata "NASUHA" di dalam bahasa arab beerti "penyucian". Dikatakan "NASUH AL-'ASAL" beerti suci madu daripada sebarang campuran yang bermaksud madu suci."NASUH" di dalam taubat adalah umpama "NASUH" di dalam ibadat yang beerti bebas daripada sebarang kepalsuan,kekurangan adn kerosakan serta melaksanakannya sesempurna mungkin. "NASUH" adalh kata lawan bagi kepalsuan.

'Ulama salaf berbeza ungkapan dalam menjelaskan hakikat taubat nasuha,sehinggakan Imam Qurtubi menghitungnya sebanyak dua puluh tiga pendapat,tetapi rujukan yang sebenarnya adalh tetap satu. Mereka mengungkapkannya berdasarkan keadaan yang berbeza.

Ibnu Jarir,Ibn Kathir dan Ibn al Qayyim menyebutkan daripada 'Umar r,a,Ibn Mas'ud r.a,Ubai Ibn Ka'ab r.a :"Taubat nasuha ialah bertaubat daripada sesuatu dosa serta tidak kembali melakukannya sepertimana tidak kembalinya susu ke dalam kantungnya"

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a secara marfu',katanya"Taubat daripada dosa bermaksud bertaubat darinya dan tidak kembali melakukannya" (Namun sanadnya dha'if)(Ia adalah mauquf sepertimana yang dikatakan Ibn Kathir)

Al Hasan al Basri berkata: Ia beerti seseorang hamba yang menyesal terhadap kesilapan lalu dan berazam tidak mengulanginya."

Al Kalbi berkata: "Ia beerti beristighfar dengan lidah,menyesal dengan hati dan menahan dengan badan.

Sa'id Ibn al Musayyab berkata: "Taubat nasuha beerti kamu menasihati dengannya akan dirimu". Beliau menjadikannya penasihat kepada orang yang bertaubat.

Pendapat pertama menjadikannya sebagai makna maf'ul yang bermaksud orang yang bertaubat memurnikan taubatnya tanpa dicampuri dengan kepalsuan.

Muhammad Ibn Ka'ab al Qurazi: "Ia (taubat nasuha)mengandungi empat perkara:

1.Istighfar dengan lidah
2.Meniggalkan dengan anggota
3.Berazam tidak kembali melakukannya dengan penuh perasaan.
4.Menjauhkan diri dari teman teman yang buruk.

Sunday, April 4, 2010

kyra oh kyra

29 Mac 2010

petang ni macam biasa aku duduk depan komputer .. melayari internet.. fb, ym, blog..

tibe2 aku terdengar suara adik aku menjerit dengan kuat..
tidak seperti selalu.. Aku ni pantang sikit kalau dengar adik aku menangis.. aku jadi risau.. Dengan keadaan dalam rumah yang kelam.. (sebab cuaca kat luar rumah macam nak hujan...) aku terus mendapatkan adik ku..

aku tanya kyra " kyra nape ? Npe nangis ? " dia tak nak calap.. aku angkat dia..
disebabkan keadaan bilik yang gelap aku bukak lampu.. sekali aku tengok gigi dia terangkat keatas.. dengan darah yang banyak.. cuak aku time tu.. aku tunjuk kat atuk.. aku dan atuk pun tak tahu nak buat ape.. mana tak nye dah nye kenderaan tak de.. kalau ade pun aku bukan tahu bawak pun.. aku terus telefon abah .. telafon mak..
mak kata kejap lagi mak dan abah datang..

tengok keadaan adik aku menangis menahan kesakitan buat aku rase nak nangis je..
sedih betul tengok keadaan budak kecil menangis menahan kesakitan ... dengan darah penuh di mulut... Aku tanya wani macam mane gigi adik boleh jadi macam tu.. Wani kate kyra nak angkat baju, dia berdiri atas kereta mainan ( kereta mainan yang besar yang budak-budak selalu main tu ) sebab tak sampai nak ambil baju yang tinggi .. masa dy panjat kereta tu .. kereta tu bergerak.. dan dy terjatuh kat atas besi ampaian ... besi ampaian tu betul2 kene kat gigi dy..

tak lame lepas tu mak balik.. abah tak sampai lagi.. abah kat lukut masa tu.. kesian abah kene balik tergese-gesa.. mak tgk gigi kyra .. disebabkan bvanyak darah .. Mak terus bawak kyra pergi klinik..

menurut mak.. mak bawak kyra pergi klinik gigi.. nurse tu kte dy tak boleh nak wat pape.. kcederaan serius ktenye..

aku kat rumah lak due ke tige kali call mak .. mak kate mak nak pergi bawak adik pergi hospital besar..

mak kate tak payah risau.. aku tangok atuk pun macam risau je..

Lepas maghrib barulah mak pulang dengan abah.. Kyra senyap je .. doktor dah cabut gigi kyra... mak kate dua klinik gigi mak pergi.. dua2 klinik tak berani nak cabut..
mak ngn abah terus bawak kyra pergi hospital seremban.. Dengan lafaz basmalah doktor tu mencabut gigi adik aku..

Menurut doktor tersebut gigi adik aku dah tercabut dah pun tinggal nak tarik je.. gigi adik dah patah smpai akar nye skali.. jadi peluang untuk gigi adik tumbuh balik amat tipis..

apa-apahal pun aku bersyukur la adik aku selamat..