Friday, October 28, 2011

kuliah baharuku + serba salah =,="

sedapnya ubi keledek!

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum semua!!
Sekarang dah bulan Oktober.. Alhamdulillah peperiksaan Imtihan Qabul di Kuliah Ulum Islamiah hayyu Sadis telah selamat saya tempuhi..Alhamdulillah juga saya panjatkan kerana dapat saya lepasi peperiksaan tersebut..Markah tidak sehebat mana..tapi masih mampu menempatkan saya di universiti Alazhar Assyarif lilbanat dalam jurusan pengajian islam dan bahasa arab fakulti syariah islamiah..Kuliah pun sudah banyak yang mula..
Cuma terdapat beberapa kelas yang masih belum bermula..mungkin juga kerana ketiadaan pensyarah..Jika ketiadaan kitab tidak menjadi masalah bagi pensyarah untuk masuk ke kelas..Cuma terpulang kepada pelajar bagaimana mereka mengambil cakna dengan apa yang disyarahkan oleh pensyarah ketika kuliah..ada yang cuba menulis nota, ada yang merakam dan tidak kurang juga yang mencetak semula nota pelajar arab samada photostat mahupun cetak manual-tangan (hehe..termasuk saya la tu..^_^)

Urusan untuk kemasukan kuliah saya agak sukar sedikit.. Mungkin kerana kekurangan tenaga kerja..Mungkin juga kerana sikap sesetengah pihak yang menyebabkan urusan menjadi lambat.. Tak kisahlah dari pihak pelajar mahupun pengurusan..Cuma sebagai pelajar kita a..seharusnya banyak bersabar dan berdoa agar segala urusan kita, tidak kira dimana pun kita berada dipermudahkan-Nya Amiinn...^_^

Nak tahu cerita tak??

Suatu hari saya keluar rumah bersama adik bilik saya, Dekyah..Membeli barang untuk rumah di REGAB ( nama kedai sayur-sayuran dan buah-buahan) dan di SALSABIL ( nama kedai runcit je)..
Kami keluar rumah agak lambat petang itu menyebabkan kami terpaksa berpisah di pertengahan jalan bagi mengagihkan tugasan membeli barang..Saya ke salsabil membeli telur manakala Dekyah ke Regab membeli sayur.. Selesai membeli terus saya bergegas ke Regab unntuk berjumpa Dekyah..Kelihatan ammu jual (batotis ahmar - betulkan saya kalau tersilap ye..hehe-) iaitu sejenis keledek yang sedap dimakan begitu saja- yeah! hihi.. Ammu tu jual keledek dihadapan kedai Regab tersebut..

Nak dijadikan cerita saya dan Dekyah nak beli keledek tersebut..Dekyah minta dengan harga LE 2.. Ammu tersebut berkata "semuanya LE 5 je".. Dekyah pun setuju je..sambil menunjukkan kearah keledek yang agak besar.. Ammu tersebut berkata keledek tu LE 7..Saya pun berkata dengan Dekyah "LE 7 pulak, takpe la Dekyah, tak payah la"
Sambil menunjukkan reaksi muka yang agak hampa (ni bukan dibuat-buat ye..hehe) kami pun mahu meninggalkan Ammu tersebut..Ammu tu berkata, "Okey-okey LE 5" - dengan muka redha je...

Dengan riang gembira kami pulang.. Dekyah membuka cerita - =,=' cerita apakah???
(status : suspen )..
" Akak nak tahu tak, tadikan masa kat Regab.. Ammu yang jual keledek tu ambil sebiji buah -Dekyah pun tak pasti buah apa.. dia tanya penjual di kedai Regab berapa harga buah tersebut..dengar je harga buah tersebut Ammu tu terus letak balik"

Terus hati saya dilanda serba salah dan kasihan..ermm..Mungkin harga yang dinaikkan Ammu untuk keledak yang kami beli ingin digunakan untuk membeli buah tersebut..
Macam-macam bermain difikiran..Mungkin anak dia teringin makan buah tersebut ke..atau mungkin Ammu tu sendiri yang teringin sangat nak rasa buah tersebut..
Kadang-kadang Ammu yang naikkan harga ni bukan kerana mereka Cekik Darah.. Tapi mungkin juga mereka terdesak atau terpaksa..kadang kala pemikiran kita haruslah melangkaui pemikiran luaran.. Kerana apa yang tersembunyi didalam sukar dilihat atau mungkin juga tidak kelihatan langsung..

P/s : cuba la memahami keadaan situasi orang lain..Sesuatu terjadi pasti ada yang tersembunyi..Kita tidak tahu.. tetapi INGATLAH bahawasanya
ALLAH MAHA MENGETAHUI..