Friday, September 10, 2010

kenangan PITT 2010

waah rindunye dengan kamu semua!! dah lame tak jumpe.. lepas ni susah nak jmpe dah ngn adik2 jordan dan morocco.. moge ukhwah kite berpanjangan..



Kak Masah

Akak urusetia @ warden yang banyak membantu kami semasa kami di Pusat Dakwah Islamiah. Terima kasih kak Masah kerana sudi menjaga kami dan bersabar dengan perangai kami ni ye!


Shikin , Munirah


Roommate yang sempoi.. Selalu kongsi cerita bersama.. Banyak membantu dalam pelajaran. Pergi Musolla sama. Makan sama. Moga ukhwah kita tidak terhenti disitu. Walaupun sekarang dah Syaqah yang berlainan.

Aisyah , Rozie , Ahlina

Jiran di bilik sebelah kat PDI. Aisyah yang agak cepat dalam pergerakan. Rozie yang suka bercerita bila nak cerita sesuatu kat kite dia akan kata " Nana dengar la cerita aku ni," Ahlina anak cikgu Yunos yang apabila bersuara memang buat kite nak tergelak. ^_^



Acu , Masturah

Dua orang rakan yang agak rapat dan duduk satu bilik. Kedua-duanya pelajar Morocco yang terpilih. Acu mempunyai senyuman yang manis. Lembut je orangnya. Mas pula terkenal dengan lolipopnya. Suka mengambil gambar. Gambar kak Puya dengan gambar Munirah terutamanya.

Kak Nas , Kak Puya , Shila

Kak Nas walaupun baru kenal tapi boleh masuk dengan akak. Akak selalu kongsi ilmu dengan saya. Terima kasih kak! Kak Puya sangat Comel+Periang. Selalu buat orang tergelak. Penghuluwati PITT '10 yang bertanggungjawab. Syila bakal doktor yang manja dan lucu. Adik yang baik!

Mira , Piya , Ainaa


Mira @ kak cik yang periang+sempoi. Rindu dengan gelagat die.. suka panggil kite Mak Cik sebab nye nama abah same macam nama atok die.. Piya rajin bertanya jika ada kemusykilan. Aina sangat peramah.. pertama kali tengok macam sombong tapi hakikatnya tidak begitu.. percayalah.. berani jamin ni.. huhu..

Lubabah dan Syira Shahime

Lubabah ketua pengawas semasa PITT.. huhu. Selalu memberi kite semangat dan peringatan. Syira adik manja. Sangat rapat dengan Syila. Konon nak berahsie2 dengan kite. Tapi dah kantoi dah pun.. huhu..

Shira Ishak dan Sakinah

Doktor Shira merupakan seorang bakal doktor yang sangat periang..
Sakinah memang kreatif , inovatif dan berfikiran kritis.. hehe cececeh.. kalau ambil gambar memang cantik..