Wednesday, January 25, 2012

mulianya akhlak mu ya Rasulullah !!


selawat N salam buat junjungan mulia Rasulullah
صلى الله عليه والسلام

Sungguh mulia Akhlak baginda...

Aku terpegun tatkala aku terbaca post seseorang di laman bersawang Facebook..
tentang mulianya Akhlak junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه والسلام ...


" KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. "

Semoga para pembaca mengambil iktibar ye..
peringatan bersama... Ayoh bersolawat!!!

wAllahualam.. ^^

alhamdulillah selesai..~

selawat N Salam buat junjungan rasulullah
صلى الله عليه و السلام


Assalamualaikum pembaca...Alhamdulillah telah beberapa hari berlalu setelah tamatnya peperiksaan kali pertama di fasa pertama.. seringkali ditanyakan selepas peperiksaan "macam mana exam hari tu??" jawapan yang sering dibalas "Alhamdulillah...InsyaAllah.. wAllahua'lam"
Aku pun tak tau macam mana aku nak cakap perasaan aku lepas exam hari tu..
nak kata aku mampu jawab dengan baik wAllahua'lam.. Aku berharap agar semuanya baik-baik belaka..

Masa aku imtihan hari tu..

aku telah menerima sepucuk surat di dalam telefon bimbit mudah sangat beralih aku tu,,
pengirim tersebut berkata......


" tiada sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah & Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki...
Ya Allah, Mudahkanlah segala urusan ukhti ku,
Terangilah hatinya dengan cahaya petunjukmu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari Mu selama2nya...fi hifzillah (: "



Begitulah isinya.. kebetulan masa tu aku memang rasa macam lemah semangat..dan bukan on Mood..
aku pun tak tanya siapa pengirim mesej tersebut..
mungkin sahabat-sahabat isma kot..
maaf ye pengirim,, Almaklum la orang yang kerosakan telefonnya..memang macam ni la..
nombor yang dah save sume terpadam bila dh tukar handset...

istifadah yang aku dapatkan...

Betapa Allah sayangkan hamba-hambaNya..
Allah beri peringatan kepada kita saat kita lupa,,
Allah beri kita kekuatan saat kita tak terdaya,,
Allah beri ilham dan inspirasi saat kita tak bermotivasi,,
Allah bantu kita saat kita perlukan pertolonganNya,,
semuanya atas izin Allah,,
cuma setiap manusia berbeza caranya,,
mungkin dengan wasilah yang berbeza..


contoh macam aku,, saat aku hampir jatuh Allah hantarkan seseorang yang aku tak tahu siapa,, cuba berkongsi semangat juangnya bersama,,

Alhamdulillah ya Allah..

setelah selesai semua ini kita letakkan la setinggi2 tawakal kepada Allah..
sesungguhnya Allah itu kan Maha Mendengar hati-hati hambanya..
Lubabah (seorang teman ) pernah berkata :

" nana,, Bila kita dah letak setinggi2 tawakal pada Allah setelah berusaha,, Maka setiap keputusan yang Allah kurniakan pada kita akan buat kita tenang "


moga diri ini dan rakan-rakan yang lain dapat mengambil iktibar dalam apa jua yang terjadi dalam hidup kita...

maghrib sudah di kota Cairo..

ayoh nyolat!!! moga pembaca diberkati ALLAH...

^^