Sunday, June 3, 2012

B for Beware and Brave!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Mari sama-sama kita selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi kita 
Nabi Muhammad
 صلى الله عليه واله و السلام


Assalamualaikum pembaca semua..apa khabar?
^__^
Kenapalah tiba-tiba nana ni berminat sangat nak kongsi pasal beware dan brave..
Beware dengan apakah? Being Brave.. Kenapa?
Hari ni nana nak berkongsi cerita dan nana nak bagi peringatan kat semua..
Bukan untuk yang wanita saja.. Lelaki juga...
Bukan untuk yang di Mesir saja.. Malaysia bahkan seluruh dunia..
(ceh macam seluruh dunia baca)
Takpe..Sekadar peringatan bersama..
Terutama yang jauh dari keluarga..
Ada yang menyinggah mungkin berkesempatan untuk membaca..

Ain's story..
Baru-baru ni kawan nana , Ain namanya..Ada satu kejadian malang yang menimpa dirinya..Alhamdulillah ketika itu dia diberi keberanian oleh Allah..
Ceritanya begini.. Pada suatu hari selepas peperiksaan..
Ain dan rakan-rakannya yang lain singgah ke restoran Bait Hasanah..
Ain tinggalkan begnya diatas meja..
Tiba-tiba kak Fatin perasan ada wanita arab pegang beg Ain..
Wanita arab dalam lingkungan usia yang masih muda tersebut mengendong bayi..
(tak tahu la anak atau adik)
Ain minta tolong dari pekerja Bait Hasanah untuk mengejar wanita tersebut..
..................
Tiada yang tolong..Semua buat tak tahu je..
Ain pun pergi kejar wanita arab tu.. Ain tahan wanita tu
Ain pegang tangan dia. Ain rampas telefon bimbitnya dari tangan wanita tersebut..
Datang dua orang pakcik..
Pakcik 1 berkata pada Ain dengan nada tegas.. 
-translate-
"dah-dah..cukup-cukup..kau dah dapat barang kau..lepaskan dia.."
"nanti dulu..!" ain naik angin.. "Atin ada tak yang hilang ?" Ain jerit dari jauh..
"takde,"
Pakcik 2 kata , "Haramy??" (pencuri?)
"aiwah," Ain jawab (ya)
Ain kata dia terdetik dalam hati kalau nak duit mintalah bukannya mencuri macam ni..
(kenapa dah maam novel je cerita nana ni)

pengalaman
Tak semena-mena nana teringat pulak kisah nana yang balik petang dari Maktabah Darussalam (kedai buku Darussalam) bersama dekyah..
Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan sekumpulan orang arab..
Ada lelaki dewasa , Ada perempuan remaja , yang selebihnya budak-budak kecil..
Yang lelaki bertanya pada nana,,
Dengan menunjukkan juzu' (bahagian) AlQuran untuk dijual..
Nana dan Dekyah dah mula jauh..
Perempuan remaja tersebut mendekati Dekyah..
Mereka pun mula tinggalkan kami.. Nana perasan beg yang Dekyah sandang zip dah terbuka.. Nana terus tanya Dekyah "tadi ada buka beg tak..?"
"takde.."
check.....Purse nana hilang!!!
Nana terus patah balik..nana minta balik barang nana..
Masa ni nana dah mula cuak dah..Tapi buat-buat berani
Dah tak boleh cakap Arab..Cakap bahasa melayu la..
kelakar teringat saat itu..
Dari jauh seorang budak perempuan yang berbadan montel melambai-lambai purse nana..
Nana rampas purse tu nana jerit kat dia..Mereka beransur pergi
Alhamdulillah nana tengok dalam ruang duit syiling,,
duit kertas nana masih disitu..
mungkin mereka lihat diruang duit kertas kosong..maka mereka memulangkan purse tersebut..
 
Misteri kereta merah
Kisah yang telah mula reda..Mengenai Kereta berwarna Merah..
Seramai beberapa orang lelaki arab terlibat,,
mereka menyamar sebagai polis dan meminta pasport pelajar..
Mereka menyamar dengan memakai baju uniform polis berpangkat..
Telah ramai pelajar yang kehilangan duit angkara 'Polis Palsu Penipu' ni..
Walaupun cerita mngenainya sudah mula reda..
Kita masih perlu berhati-hati..
walaupun mangsa mejoriti atau mungkin boleh juga saya katakan kesemua mangsa kereta merah ini adalah lelaki..
walaupun begitu,, wanita-wanita jangan mudah rasa berada di zon selesa..
Hati-hati itu perlu..
ehem2..PEKA..

next,,
Pekerja Kerajaan..
nana copy paste dari FB

REPOST...FROM pasar mesir..: SIAGA WASPADA, BEWARE...
Pemerasan berkedok Tugas Negara.
Ada dua orang lelaki dan perempuan, mengaku dari kuliyah zira'ah. Dan mereka mendapat perintah dari Mentri kesehatan untuk menyemprotkan obat ke kamar mandi rumah anda.
Kita tidak boleh menolak, karena ini bersifat pemaksaan dari negara.
JANGAN BIARKAN MEREKA MASUK RUMAH, ATAU JANGAN BERIKAN CONTOH AIR PUN DENGAN BEKAS APAPUN.

Mereka akan minta uang banyak dan akan datang berkali kali ke rumah anda, atas dasar perintah negara.

TIPS : katakan kepada mereka embassy kami tak bagi ijin orang mesir siapapun masuk rumah. jika mereka bersikeras mau masuk juga, katakan ittaqillah ya rojul. Carilah job lain yang lebih baik dari pada pemerasan. dan tutp pintu segera.


nana rasa penulis status ni merupakan seorang warga Indonesia..
Apa yang nana paham mengenai kes kali ni..
Dua orang lelaki dan seorang perempuan datang kerumah sewa..
(Rumah negeri nana rasa tak berlaku)
Mereka nak semburkan sesuatu di bilik air,,
Kemudian mereka minta bayaran tinggi..
boleh jadi juga mereka datang berulang-ulang kali..
Kalau yang duduk dirumah sewa boleh la owner rumah berjumpa dengan 'Orang Kerajaan'

Beware!!!
Jangan jalan seorang diri terutama ditempat yang sunyi..
Jangan cakap besar.. Konon "saya lelaki,, saya kuat" (tangan dibahu mata keatas)
Jangan rasa diri tu sentiasa selamat..ehem2.. PEKA :)
Cuba elak jika nampak sebarang kemungkinan yang membahayakan diri..

Be Brave!!
Jangan diam..contoh kes raba..Ramai yang diam tatkala tangan-tangan gatal merayap..
Selagi mampu tentang!
Kalau rasa hak anda diambil,,Bersuara..

Nasihat ni nana tujukan untuk diri nana juga..
Ingat-ingatkan juga rakan sekeliling tu..

^________^

prevention is better than cure right !