Tuesday, October 22, 2013

Solemnization and reception


Bismillahirrahmannirrahim..
alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Allahumma solli Ala Saidina Muhammad wa Ala alihi waSohbihi wasallim

Tanggal 7 September 2013 bersamaan 1 Zulkaedah 1434 h tarikh keramat dan tarikh penghijrahan nana ke fasa seterusnya dalam kehidupan nana.. Macam-macam yang berlaku sebelum nana melepasi fasa kehidupan ini.. Agak janggal untuk kata "Sebenarnya saya isteri dia" atau mungkin "Dia suami ku".. Tapi itu lah yang telah berlaku..
nana telah selamat diijabkabulkan bersama Encik Suami..
Alhamdulillah..

Mohon doa dari kalian..




outdoor 
saat bergelar 'si isteri'
ya Allah berkatilah hubungan kami

maaf la kalau ada yang senyum saya tak balas
sebab tak pakai contact lens pun..


keluarga baru . pengalaman baru




Pada 15 September 2013 majlis resepsi di Kuala Lumpur..Alhamdulillah segala majlis Allah permudahkan..




outdoor @tasik titiwangsa 

outdoor lagi

lagi-lagi outdoor


Pantun hasil karya Ust Azman Syah yang dinukilkannya di laman sesawang 'mukabuku'


akhirnya kawin juga mereka,
alhamdulillah tak terhingga,
jinjang pelamin perasmi bahagia,
akad nikah penutup duka,

melabuh tabah di bumi musa,
lalu sabar berbayar jua,
meniti hari, menghitung masa,
menuju langkah sunnah Baginda.

kawin tak pernah janji kaya,
tapi rahmat sentiasa ada,
biar susah dalam pahala,
dari tenang dalam dosa.

sorang KL sorang seremban,
sekian jarak dicantum Tuhan,
bertaut cinta dan perasaan,
melangkah mesra ke gerbang pernikahan.

Muja dan Nana dua insan,
yang sangat tamak redha Tuhan,
semoga barokah naungi kalian,
hingga ke syurga kekal berpasangan.

~Azman Syah Ibnu Alias (ASIA)~


Monday, August 26, 2013

the making of telur pindang B2B


assalamualaikum semua..
selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita..
Allahumma solli ala saidina muhammad..


haaa..mesti tertanya-tanyakan ada review movie baru ke? tak pernah dengar pun tajuk cerita telur pindang???

Mari cik nana rungkai mengkome punya persoalan..

Dalam langkah menjadi b2b ni makin banyak kerja yang nak dibuat..tambahan pula majlis cik nana buat di rumah bukan di dewan..masak sendiri bukan catering.. so banyak la kerja nak setel kan..

Cik nana pun tak ambil kerja sambilan cuti2 ni jadi cik nana kena la tolong bonda dan ayahanda cik nana..semalam cik nana tolong mak abah basuh telur untuk bagi kat tetamu nanti..kami buat telur pindang. Ada orang suka ada orang tidak.. Terpulang pada selera masing-masing. Jom cik nana cerita sikit mengenai telur pindang..

Telur Pindang adalah makanan tradisi orang Melayu Malaysia. Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi Johor, sekarang telur pindang boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia.
Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna menjadi perang cair. Masa merebus bergantung kepada resipi, biasanya melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari).

Disebabkan rasanya yang unik dan berempah, serta proses masakannya yang agak rumit, telur pindang bukan menjadi menu bagi makanan harian. Telur ni dibuat lebih untuk hari-hari keraian serta untuk kenduri kahwin. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi kelebihannya ialah telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak basi sehingga 2 minggu.

cik nana terbaca dalam wikipedia yang
 telur pindang ini dibuat pada zaman dahulu sebagai lauk bekalan bagi pedagang-pedagang serta pengembara, sesuai dengan sifatnya yang tahan lama. Masyarakat Johor silam banyak terdiri daripada pedagang (orang Arab) serta pengembara dan pelaut (orang Bugis dan Jawa), yang memerlukan makanan bekal yang tahan lama serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. Telur pindang memenuhi ciri-ciri ini.

Begitulah flash back saya...hihi

Ni gambar hari pertama telur pindang ni di rebus dengan dedaunan keguguran dahan....eehh terlebih sudah..hehe..di rebus dengan dedaunan dan rempah2 dan sebagainya..untuk resepi lanjut boleh la rujuk anak jati johor iaitu abah cik nana atau nak senang google je resepinya..






tu dia aroma dah naik
ce zoom sikit..kasi tenggelam semua telur ya

b2b = bride to be

Monday, July 1, 2013

cik nana pulang malaysia

royal jordanian
assalamualaikum sekalian pembaca..

ayuh selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

hari ini 2 Julai 2013 cik nana masih lagi diberi izin oleh Allah untuk bernafas di bumi Allah ni..

Selesai sesi packing barang yang mahu dibawa pulang ke Malaysia..

harap kalian mendoakan perjalanan cik nana hari ini..

pejam celik tak sangka dah nak balik Malaysia..

Doakan perjalanan cik nana selamat ye..

maafkan salah silap cik nana..

halalkan makan minum..

kita merancang.. Allah jua merancang..

asalnya kami balik menaiki pesawat Qatar Airways.

tapi terpaksa ditukar kepada RJ

Alhamdulillah dapat pengalaman naik pesawat lain..huhu..singgah sebentar di jordan..

Monday, June 3, 2013

Mujahedaat Moseem Paneh



#selesai exam fiqh muqoron dan terkejut dengan suhu (020613)

بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat dan salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad 
صلى الله عليه و سلام

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Menghirup udara segar Bumi Barakah Mesir. Tenang. Cuaca hari ini kurang panas seperti selalu. Tenang sebentar. Semalam suhu sekitar 45 darjah celcius. Hari-hari berlalu menjadikan kami bagai cacing kepanasan. Tak senang duduk dibuatnya. Ada saja tak kena. Terkadang emosi juga turut terusik.

Kami telah pun memulakan pengembaraan sebagai mumtahan. Hampir 3 minggu barangkali , termasuk exam syafawi dan takhaluf.

Pelbagai reaksi para mumtahan menerima lampiran-lampiran yang disediakan mumtahin.. Gembira. Terkejut. Teruja. Apa pun reaksinya sama-sama kita saling mendoakan. InsyaAllah khayr..

Saya dapat lihat askar-askar tanah melayu mula memasang strategi di musim panas ini. Pelbagai ragam.
Lambakan strategi dan operasi yang dijalankan bagi persediaan bermujahadah di Musim panas.

antaranya..

Meletakkan bekas-bekas air dibilik bagi mendinginkan bilik

Menggilap senjata di Musolla aka Dewan Qadir al-Jailani. Menumpang penghawa dingin. Malangnya strategi tersebut telah kurang dijalankan selepas letupan yang berlaku di 'plug'nya. (rasanya tak melampau saya guna 'letupan' kan)

Ada juga berpindah randah. Mencari suhu yang sesuai dengan diri mungkin.

dan bermacam-macam lagi ragam :)
 Walau apa cara sekali pun..

Hadafnya cuma satu 

Belajar kerana Allah
Kejayaan demi Ummah

jangan pernah berhenti berjuang!
salam imtihan para mujaheedat
wallahualam



p/s : semalam pulang dari kuliah..bukan tapak kaki saja panas,keronsang panas, kaca mata juga panas! Apa pun selamat maju jaya ! Ayoh tajdid niat kita..

seriously panas! #ni baru panas dunia


DAFTAR KATA :
MUMTAHAN :  yang diperiksa,yang diuji (pelajar) 
MUMTAHIN  :  pemeriksa,penguji
SYAFAWI      :  ujian lisan
TAKHALUF   :  subjek yang dibawa dari peperiksaan yang lepas
KHAYR          :  baik (baik-baik saja)
HADAF          :  tujuan
TAJDID          :  perbaharui



Wednesday, April 3, 2013

Tetamu Allah + Fasa 2

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad 
صلى الله عليه و سلام

2.14 petang waktu Mesir
Suhu di kota Cairo lebih kurang 31 darjah celcius
Alhamdulillah masih berpijak dibumi yang nyata walau kaki tak mecapai tanah
(memanglah ditingkat 3 kan) 

Semoga dizinkan menjadi tetamuNya



Fuh sana Fuh sini..banyak betul dah habuk dan sesawang kat dalam blog ni..
Lama betul rasanya tak letak entry baru.

Betullah kata para Hafiz dan Hafizah mengulang bacaan AlQuran tu lagi berat dari menghafal.
Tadi rasa berat betul ketika mengulang juzu’ 1.
Nana tolonglah rajin ngulang..kau dah tahun 2 ni..11 madah kau ingat sikitt!erghhh!!dahnya fasa lepas ada yang tak habis baca!!
Ok2 Nursyazana dah berhenti monolog..

Semalam ada dapat mesej dari abah. Alhamdulillah abah dah selamat sampai ke Bumi Jeddah.
“Salam abah dh smpi jedah”
Dengan terujanya terus telefon abah melalui lowrate voip ukhti Norehan.
Suara abah seperti selalu..gembira hati mendengarnya..diakhir panggilan..
“ Abah nanti abah ada masa free abah bagitau nana, nanti nana call abah lagi..kirim salam kat semua. I love you!”
“ I love you too”
Akhirnya tercapai jugak impian abah mak dan atok nenek nak menunaikan ibadah Umrah sekaligus menjadi Tetamu Allah.

Nana yang dah dekat ni pun tak pergi lagi..

Insyallah gai..emta??Wallahu’alam
Beberapa hari sebelum mak abah bersama-sama atok dan nenek berangkat ke bumi Barakah itu nana hari-hari skype dengan mak dan abah..

Alhamdulillah..terubat rindu di hati..dah la jarang yang amat sangat nak call Malaysia..
Melihat wajah adik-beradik yang kian meningkat besar..
Nursyazwani dan Nursyazakhairiah dah semakin besar. Nursyazakhairiah masih manja seperti dahulu..tak kering gusi melihat telatah adik-adik.

Ok sekarang jadual tutorial dah keluar. Kena siap sedia mental dan fizikal untuk menempuhi ke sebelas-belas madah syariah tahun 2 dan termasuk 2 madah takhaluf tahun 1 yang lepas.(apakah benar ayat ku ini?kesebelas-belas??)

Allah takkan membebani sesorang itu melainkan dengan kemampuannya..

Jadi buang semua sifat negatif , pasif , dan yang sewaktu dengannya dan panaskan enjin turbo 1991 anda wahai diri!!!

Terus bersemangat untuk menempuhi hari tanpa sia-sia yang akan datang..
 Jom saling mendoakan ^_^