Friday, August 21, 2009

turunnya alquran

pada suatu malam di bulan ramadhan ! malam itu adalah malam kemuliaan (lailatul qadar) ..
kerana di malam itu turunya al quran .. di suatu gua di bukit hira' tidak jauh dari kota mekah , nabi muhammad saw sedang menyendiri untuk beribadat , memuja ,dan memuji Allah serta memohon harapan kepadaNya..
nabi amat merasakan, betapa kerosakan kaumnya dan bangsa2 pada umumnya sehingga menimbulkan tekad yang besar dalam diri rasulullah untuk melakukan pembaharuan dan pembaikkan... baik mengenai kepercayaaan , peribadatan mahupun hubungan pergaulan hidup.. Tetapi nabi tidak mengetahui jalan mana yang akan ditempuhi dan pelajaran apa yang hendak dikemukannya.. kerana baginda rasulullah belum pernah mempelajari agama2 lama ataupun pengetahuan tentang kemasyarakatan.. baginda seorang yang ummi (buta huruf). Hasrat inilah yang mendorong baginda untuk mengasingkan diri , semoga tuhan memberi rahmat serta petunjuk kepadanya untuk menyelamatkan manusia..
nabi telah menyendiri di gua itu beberapa hari dan membawa bekalan yang disiapkan oleh isteri baginda, seorang wanita rupawan yang bijak dan berbudi bernama Khadijah.
bila sudah habis bekalan. baginda pulang dan kembali lagi dengan bekalan baru. Tetapi hal ini tidak berjalan lama hingga sampai waktunya malam yang bersejarah iaitu malam permulaan turunnya Al-Quran.
Pada malam itu datanglah malaikat Jibril dan berkata : " Aku ini Jibril dan engkau Rasulullah !" Sejenak nabi tidak mengerti perkataan Jibril itu, kerana belum mengetahui siapa Jibril dan apa ertinya rasulullah. Di saat baginda masih dalam kehairanan , Jibril menyambung kata-katanya dengan menyuruh nabi membaca : " iqra' " (bacalah).
oleh kerana baginda seorang yang ummi, belum pernah membaca dan menulis, tentu saja tidak sanggup melaksanakan perintah Jibril. Beliau hanya menjawab: " Ma ana biqari" (aku tidak boleh membaca).
Serta merta Jibril memeluk nabi dengan erat hingga baginda merasapayah dan sesak nafasnya . Setelah dilepaskan , disuruhnya sekali lagi membaca. Tetapi nabi tetap menyatakan perihal yang sama. Lantas dipeluknya dengan erat sekali lagi yang juga membuat nafas baginda sesak. Setelah dilepaskan kembali. Jibril mengucap : ertinya berbunyi : "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah .. Yang mengajar dengan pena (tulis baca) .. Mengajarkan kepada manusia, apa yang belum diketahuinya.."~ surah al-alaq 1-5
selesai mengucapkan kalimah2 suci itu Jibril pun segera menghilang. Bagi nabi saw peristiwa ini merupakan hal yang baharu pertama kalinya dialami dan tidak diduga akan terjadi keatas dirinya. Tentu saja perasaan cemas dan bingung timbul dalam hati. Tidak dapat pula dibayangkan oleh rasulullah , apa yangakan terjadi pada dirinya selepas ini .. Entah akan beroleh rahmat dan kebahagiaan atau bahaya dan kebinasaan.
Dengan perasaan cemas baginda rasulullah segera meninggalkan gua Hira' .. Pulang dengan membawa pertanyaan2 yang tidak terjawab, berkenaan dengan peristiwa yang baru saja dialami baginda itu. Sampai di rumah, Nabi berseru kepada isterinya : " Zammiluni, zammiluni" (selimuti aku , selimuti aku !). Lalu baginda segera diselimuti oleh Khadijah. Isteri baginda yang arif bijaksana itu merasakan ada sesuatu yang terjadi keatas diri suaminya. Setelah tenang barulah nabi menceritakan peristiwa tersebut kepada isterinya. Mendengar berita itu Khadijah berfikir sejenak . Sebagai seorang isteri yang mencintai suaminya sepenuh hati, dia merasa bahwa perasaan cemas yang menyelubungi hati suaminya harus dihilangkan segera agar jiwanya kembali tenang seperti sediakala .
Dengan suara lembut, Khadijah menyatakan kepada suaminya supaya tidak cemas dan takut , kerana peristiwa ini dianggap nya bukanlah suatu bahaya atau hal yang membawa celaka. Diingatkan olehnya, bahawa tuhan akan memelihara dan melindungi nabi , kerana suka berbuat baik , menegakkan keadilan dan kebenaran, membela orang yang teraniaya dan menolong orang yang sengsara . Ucapan Khadijah itu rupanya dapat mententeramkan jiwa nabi.
Kemudian Khadijah mengajak Nabi menemui anak pak ciknya, bernama Waraqah bin Naufal seorang yang telah lanjut usia dan penganut agama nasrani yang pernah menyalin sebahagian dari kitab Injil ke dalam bahasa arab. kepada Waraqah, dikatakan bahawa suaminya telah mengalami suatu peristiwa yang belum pernah dialaminya selama ini. Seterusnya Khadijah meminta baginda menceritakan kejadian itu kepadaWaraqah. setelah dihuraikan oleh nabi peristiwa yang terjadi, Waraqah menerangkan : " Yang datang itu Namus (malaikat Jibril) yang pernah menurunkan wahyu dari tuhan kepada nabi Musa ".
Selanjutnya Waraqah berkata : " Wahai , hendaknya saya masih kuat, ketika engkau diusir oleh kaum mu, sehingga saya dapat menolong ". Dengan penuh kehairanan rasulullah bertanya : " Apakah aku akan diusir oleh kaumku. Jawab Waraqah tegas : " Itu akan terjadi dan pernah terjadi pada nabi2 terdahulu ".
dengan keterangan Waraqah ini, keduanya kini mengerti bahawa nabi muhammad telah dipilih Allah menjadi rasul, menerima wahyu dari Allah dan perantaraannya malaikat Jibril .
Tugasnya mengmbangkan agama tuhan kepada umat manusia.