Tuesday, August 10, 2010

pengalaman nana

Memang penat betul perjalanan ke Husein tadi. Beli baraang tu takde la sangat tapi yang penatnya menunggu teksi. Dari nak pergi sampailah nak balik susah betul nak jumpa nak dapatkan teksi untuk ke Husein. Teksinya bukan main banyak tapi pemandunya agak memilih. Perjalanan aku dan kawan-kawan ditemani oleh senior-senior. Dapatlah banyak pengalaman melalui perjalanan aku ni. Dapat belajar bersabar dan banyak lagilah.
Perjalanan bermula pada waktu tengahari dari Rumah Negeri Sembilan Kaherah ke Villa tempat menunggu bas di tepi jalan. Memang kebiasaanya pelajar akan menunggu bas disitu. Baik mahu membeli belah mahupun ke kuliah. Setelah berjam-jam lamanya menunggu akhirnya datanglah sebuah teksi yang sudi ke Husein. Baru sebuah sedangkan rombongan Cik Jah kami ni memerlukan lagi dua buah teksi. Rombangan pertama bergerak dahulu. Pada aku, aku merasakan perjalanan ke Husein lama sebab aku boleh tertidur dalam teksi.
Setelah tibanya ke destinasi yang dituju kami terus mengorak langkah ke tempat jualnya barang. Ada juga dikalangan peniaga yang mahu menarik minat pembeli dengan cuba bercakap dalam bahasa Melayu. Adoi lawak betul aku dengar ayat-ayat cinta mereka tu.. Hehe.. Ada dikalangan mereka berkata "saudari.. Saya suka anda semua..". Ada tu aku singgah di kedai jubah niat dihati nak beli jubah. Senior aku cubalah nak mintak kurang dengan penjual tu tapi dia tetap tak nak kurangkan. Dia tetap nak 35 genih. Senior aku montak 30 genih je pun. Last-last kami pun nak pergi dari situ dan penjual tu menahan kami dan bersetuju dengan harga yang kami nak iaitu 30 genih. Tetapi apabila kami patah balik dia putar belit cerita pula nak 35 genih jugak. Kami pun terus meninggalkan gerai tersebut. Senior aku kata nanti pergi Atabah sebab disana banyak pilihan jubah yang cantik-cantik. Tambahan di bulan Ramadhan Kareem ni lagi banyak jubah dengan harga yang murah-murah.
Kemudian kami singgah di kedai membeli tudung. Memang geram betul tengok tudungnya, cantik-cantik. Aku beli satu tudung biru untuk Ramadhan ni. Huhu.. Syawal nanti lain pula tudung yang ingin aku beli.
Sebut pasal Ramadhan aku teringat dalam perjalanan aku nak balik sementara menunggu teksi aku dan kawan-kawan lain ternampak perarakan diseberang jalan. Meriah betul. Perarakan tersebut diadakan bagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Walaupun semasa di Malaysia aku digembar-gemburkan dengan suasana Mesir yang teruklah , bisinglah tapi aku merasa seronok berada di bumi anbiya' ni. Suasana puasanya begitu meriah seperti suasana nak sambut raya. Dengan kain rentang ditepi jalan. Lampu kelip-kelip di tingkap rumah. Lorong rumah negeri sembilan je dah meriah apatah lagi di tempat lain.
Selain itu perkara yang aku nampak baik disini mereka mempunyai semangat tolong -menolong yang kuat. Ada sekali tu aku dan kawan-kawan menyertai jaulah yang dianjurkan PSMB 2010/11 dan RNSK aku terlihat kemalangan dimana sebuah lori terbalik. Kemudian terdapat seorang lelaki dibawah lori tersebut. Kalau kita di Malaysia kita perlahankan kereta dan kata "kesian" tapi disini mereka berhenti dan menolong. Ramai yang berhenti menolong dan mengangkat lori tersebut bersama-sama. Itu yang aku betul-betul ta'jub. Kejadian kedua berlaku apabila aku menunggu teksi nak balik ke rumah negeri lebih kurang 3 lelaki mengangkat timbunan kotak-kotak ditas kerta sorong (aku tak tau la apa namanya tapi macam kereta sorong cuma ianya besar sedikit) yang kelihatannya berat sekali. Tiba-tiba kotak tersebut terjatuh betul-betul ditengah jalan raya . Kemudian terdapat beberapa lelaki datang membantu.
Disebabkan perkara tersebut aku dapat melihat walaupun orang mengatakan bahwasanya orang-orang mesir itulah inilah tapi ada juga positifnya. Teringat aku pada kata seorang fasilitator PSMB, " perkhabaran dari luaran tidak sama dengan perkhabaran dari orang yang berada di dalaman". Renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^

wassalam..

di doha

Sekarang kira-kira jam 10 pagi aku berada di daerah Doha yang terletak di Qatar. Aku bagaikan tidak percaya bahawa diri ini telah berada di negara orang. Doha adalah daerah transit sebelum kami pelajar Mesir dan Jordan bertolak ke Kaherah Teringat lagi aku malam tadi baru sahaja aku menatap muka mak dan abah. Berjumpa dengan rakan-rakanku. Terkilas memandang si dia. Rasa macam cepat masa berlalu.. Kini aku telah meninggalkan mereka.
Pagi tadi aku sarapan di food court di sini.. Makan roti dengan telur beserta sosej dan apo bondo alah tah (loghat negeri) dicicah bersama kuah dhal. Yang peliknya air yang diberi adalah air berkarbonat. Rasa sakit je perut ni. Ye lah tak biasa minum air berkarbonat pagi-pagi ni.. Lepas makan tadi dapat online dengan Diyana di laman sosial yahoo messenger. Seronok pun ada.
Ni nak cerita sikit pengalaman aku kat lapangan terbang Qatar ni. Kami diberi kopen setiap seorang untuk mnikmati sarapan. Sperti rakan-rakan ku yang lain aku dan syikin pergi mengambil sarapan bersama. Semasa kami mengambil makanan seorang dari pekerja yang berada di kaunter makanan menegur kami , " dari mana?". Kami yang agak teruja kerana bertemu dengan orang yang berbahasa melayu menjawab, "dari Malaysia". Saya bertanya, Boleh ambil makanan yang mana ni bang?". Abang tersebut menjawab "ambil yang mana saja," jika didengar dari gaya bahasanya seperti orang Indonesia. Kami pun berlalu mengambil air dan duduk menjamu selera. Ketika menjamu selera aku mengambil peluan yang ada dengan online. Apa lagi bukak facebook dan yahoo messenger la.
Abang yang tadi telah diceritakan mengemas meja yang berdekatan dengan tempat kami makan. Tiba-tiba dia mendekati aku dan menghulurkan tisu bertulis alamat emel dan nama yang tidak aku kenali. Dia meminta aku mencarikan siapa orang tersebut didalam facebook. Kemudian dia terus pergi. Kemana tidaklah aku ketahui.
Sejurus selepas itu aku terus menaip nama yang diberi di ruang search. Tiba-tiba terpampang gambar lelaki yang tidak ku kenali dengan tangannya yang penuh BERTATU. Setelah aku perhatikan betul-betul barulah aku perasan yang lelaki di facebook tersebut merupakan abang yang bagi aku tisu tu tadi. Terkejut aku. Terfikir di benak fikiran. Apalah tujuan abang ni bagi benda alah ni kat aku.
Mula-mula aku dah nak add dah. Aku fikir anggap kawan la kan. Tiba-tiba mengingatkan tangannya yang penuh bertatu membuat aku takut. Manalah tahu dia berniat yang tidak baik. Lagipun bukannya aku kenal pun. Aku mengabaikan sahaja alamat emal tadi tetapi aku masih menyimpanya. Bukannya niat ingin membuat kenangan.
Kemudian beberapa jam selepas makan tengahari kami pelajar tajaan MAINS berangkat menuju ke Mesir. Sejurus selepas tiba di Mesir aku terus membuang tisu yang diberikan oleh lelaki misteri tu.
Pengajarannya : janganlah mudah bersikap mesra sangat dengan orang yang tidak dikenali terutama lelaki. Tak dinafikan selepas kejadian tersebut aku tidak sewenang-wenang melontar senyuman terhadap orang yang tidak ku kenali.

Wassalam..