Tuesday, August 10, 2010

di doha

Sekarang kira-kira jam 10 pagi aku berada di daerah Doha yang terletak di Qatar. Aku bagaikan tidak percaya bahawa diri ini telah berada di negara orang. Doha adalah daerah transit sebelum kami pelajar Mesir dan Jordan bertolak ke Kaherah Teringat lagi aku malam tadi baru sahaja aku menatap muka mak dan abah. Berjumpa dengan rakan-rakanku. Terkilas memandang si dia. Rasa macam cepat masa berlalu.. Kini aku telah meninggalkan mereka.
Pagi tadi aku sarapan di food court di sini.. Makan roti dengan telur beserta sosej dan apo bondo alah tah (loghat negeri) dicicah bersama kuah dhal. Yang peliknya air yang diberi adalah air berkarbonat. Rasa sakit je perut ni. Ye lah tak biasa minum air berkarbonat pagi-pagi ni.. Lepas makan tadi dapat online dengan Diyana di laman sosial yahoo messenger. Seronok pun ada.
Ni nak cerita sikit pengalaman aku kat lapangan terbang Qatar ni. Kami diberi kopen setiap seorang untuk mnikmati sarapan. Sperti rakan-rakan ku yang lain aku dan syikin pergi mengambil sarapan bersama. Semasa kami mengambil makanan seorang dari pekerja yang berada di kaunter makanan menegur kami , " dari mana?". Kami yang agak teruja kerana bertemu dengan orang yang berbahasa melayu menjawab, "dari Malaysia". Saya bertanya, Boleh ambil makanan yang mana ni bang?". Abang tersebut menjawab "ambil yang mana saja," jika didengar dari gaya bahasanya seperti orang Indonesia. Kami pun berlalu mengambil air dan duduk menjamu selera. Ketika menjamu selera aku mengambil peluan yang ada dengan online. Apa lagi bukak facebook dan yahoo messenger la.
Abang yang tadi telah diceritakan mengemas meja yang berdekatan dengan tempat kami makan. Tiba-tiba dia mendekati aku dan menghulurkan tisu bertulis alamat emel dan nama yang tidak aku kenali. Dia meminta aku mencarikan siapa orang tersebut didalam facebook. Kemudian dia terus pergi. Kemana tidaklah aku ketahui.
Sejurus selepas itu aku terus menaip nama yang diberi di ruang search. Tiba-tiba terpampang gambar lelaki yang tidak ku kenali dengan tangannya yang penuh BERTATU. Setelah aku perhatikan betul-betul barulah aku perasan yang lelaki di facebook tersebut merupakan abang yang bagi aku tisu tu tadi. Terkejut aku. Terfikir di benak fikiran. Apalah tujuan abang ni bagi benda alah ni kat aku.
Mula-mula aku dah nak add dah. Aku fikir anggap kawan la kan. Tiba-tiba mengingatkan tangannya yang penuh bertatu membuat aku takut. Manalah tahu dia berniat yang tidak baik. Lagipun bukannya aku kenal pun. Aku mengabaikan sahaja alamat emal tadi tetapi aku masih menyimpanya. Bukannya niat ingin membuat kenangan.
Kemudian beberapa jam selepas makan tengahari kami pelajar tajaan MAINS berangkat menuju ke Mesir. Sejurus selepas tiba di Mesir aku terus membuang tisu yang diberikan oleh lelaki misteri tu.
Pengajarannya : janganlah mudah bersikap mesra sangat dengan orang yang tidak dikenali terutama lelaki. Tak dinafikan selepas kejadian tersebut aku tidak sewenang-wenang melontar senyuman terhadap orang yang tidak ku kenali.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

tinggalkan sesuatu ye...