Friday, December 24, 2010

rindu ku buat ATOK~

Assalamualaikum kepada pembaca yang sedang membaca blog saya ni~

tadi baru je tpon mak , atok dengan mak long..

tak tau la nape rase rindu sangat dengan atok ni.. saya rindu ATOK saya..!! aku teringat balik saat-saat yang aku habiskan masa bersama atok sebelum aku datang sini..
tadi call atok, atok kate atok kurang sihat.. nana doa atok segera sembuh ye..
call mak pulak.. mak cerita la atok dah kurang marah dah.. atok ni nak diceritakan memang pemarah org nye tapi hati dia baik..

teringat aku pernah marah atok..
aku ni memang tak baik betul.. aku pun bukannya insan yang baik.. banyak kesilapan lalu yang telah aku lakukan.. moge aku dapat islah(perbaiki) diri aku ni dari hari ke hari.. aku tak boleh terime cara atok tegur aku masa tu.. apa kena dengan aku tah.. yang paling aku sedih bila aku ingat balik yang aku ada marah atok,, atok nangis sebab perangai aku.. memang serba salah betul..
moge dosa silam ku dan akan datang diampunkan..

pastu mak kata atok semnjak dua menjak ni asyik nak berjalan je.. atok pun makin kurus, tak tegap macam dulu.. bila mak cakap camtu aku rasa nak nangis..
moge atok sembuh and sempat tgk aku grad... amin ya rabb...

Ya Ammu..!!!!!

Broadband oh broadband.. akhirnya dapat juga aku online untuk update kan blog yang sekian lama tidak ditambah cerita baharu.. macam-macam pengalaman dan kenangan yang tidak akan aku lupakan.. ade pengalaman yang bermacam selama aku berada di Ardhul Kinanah ni..

Kali ni aku akan ceritakan pengalaman dilanggar arab. Kira boleh dimasukkan dalam hari ini dalam sejarah hidupku bahawasanya aku telah dilanggar oleh sebuah kereta! Pengalaman pertama dalam hidup, aku dilanggar sebuah kereta yang aku sendiri tidak pasti kereta jenis apa yang langgar aku.

Ceritanya bermula tatkala aku dan kawan, Rodziah berjalan memasuki kuliah di Kuliah Ulum Al-Islamiyah di Hayyu Sadis. Kami hampir sampai ke kuliah. Aku melalui sebuah kereta. Kelihatan Ammu (pak cik) berkaca mata seperti leka dengan dunianya. Ammu tu nak parking keretanya kat tepi jalan tapi dia boleh ternaik ke pembahagi jalan . Terdengar suara-suara dari belakang yang cakap-cakap pasal ammu tu.. Osah Boto la Ammu ni.. Boleh la pulak ternaik kat pembahagi jalan tu.

Aku pun berjalan agak jauh dari Ammu tu.. tak semena-mena aku rasa macam kene tolak dengan kuat dari belakang . Agak terkejut aku masa tu . Aku dah tertiarap dah masa tu.. Bahagian kaki aku dah termasuk bawah kereta . Masa tu memang dah tak fikir apa-apa . Aku pandang sebelah Rodziah pun tertiarap tapi kedudukan dia lebih dekat dengan kereta . Cepat-cepat aku bangun . Malu sebab dah terjatuh. Huhu.. Tapi semua orang kelihatan macam risau je. Ammu tu dah kedepankan kereta dia. Aku tengok Rozi masih tak bangun . Tudung yang dipakainya menutupi bahagian muka dia.

Ada la rakan-rakan sejagat aku yang sama Kuliah Ulum tolong angkat Rozie . Alhamdulillah aku dan Rozie selamat. Cuma aku luka sikit ditapak tangan. Rozie pulak sakit kaki dan belakang. Pak cik2 polis yang kat bangunan tu datang kearah kami. Budak-budak Melaka yang tolong angkat Rozie tadi macam nak marah. Dia kata rasa nak belasah je ammu tu tadi . Ammu tu mintak maaf pada kami. Tak tau kenapa tak de sekelumit pun rasa marah pada Ammu tu.

Wawawahh popular aku dengan Rozie di Kuliah hari tu. Aku singgah kelas sebelah, budak-budak ni tegur “ Ni ke yang kene langgar kereta pagi tadi…?! ” aku hanya mampu cakap “ hehehe…” Masa nak balik dari kuliah aku dengan Rozie bertembung dengan budak-budak Melaka. Ada seorang akak tu menunjukkan kegeraman dia terhadap Ammu tu tadi. Haha.. Aku dan Rozie gelak je .. Akak tu bahasakan diri dia dengan panggilan angah. Dia kata memang dia dah nak jerit dah nama kitorang tapi tak sempat. Dia nampak sendiri dengan mata dia yang kitorang termasuk bawah kereta. Tu yang dia geram dengan ammu tu.

Dia kata mujurlah kitorang ni berbadan agak kecil kalau tersangkut bawah kereta terseret macam mana lah.. Dalam hati aku “ uisyh akak ni jauh fikirnya,” Tapi bila difikir-fikir balik rasa macam diselamatkan Allah. Bersyukur sangat… kadang-kadang benda-benda yang kecil ni buka mata kita bahawasanya kuasa Allah Maha Luas.. Tiada tolok bandingnya lagi.. Bayangkan seseorang boleh mati kerana tercekik apatah lagi kalau terlanggar kereta ke ape ke.. SubahanAllah!!!