Monday, February 7, 2011

therourate de' egypt

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

terima kasih sudi singgah kat blog nana ni.. erm entry kali ni kan nana nak cerita pasal pengalaman nana masa darurat berlaku di mesir yang baru-baru ni berlaku..

Kalau nak ikutkan kawasan kat nana tinggal tidak la begitu membimbangkan.. kawasan lain nana tak tau la kan.. Tapi mengikut pada berita kat mini tv (dalam handset asue syira) nampak macam dahsyat.. Bagus jugak pakcik2 arab sekitar rumah nana ni.. Bila berlaku rusuhan ni depa macam bersatu hati nak lindungi kawasan tempat tinggal mereka.. Bagus2.. respect them..

First day yang nana perasan ada rusuhan bila tengah-tengah malam nana tengok cerita dengan kak rehan. Tiba-tiba dengar macam bunyi tembakan dan jeritan.. ermm.. nana pun sebenarnya tak pasti bunyi apa. Samada bunyi mercun ka atau bunyi pistol ka atau apa ka.. Erm..

Anyway banyak jugak cerita yang nana dengar kalau nana baru lepas talefon sesiapakan mesti akak bilik akan tanya apa cerita baru.. hehe.. even mak atau siapa-siapa la telefon..

Dikawasan nana ni ada arab jaga.. depa bawak kayu parang semua la.. hehe.. tapi yang paling best depa sempat lagi tengok tv kat simpang tempat depa dok berkawal.. tak tahu la mereka cucuk gune plag mana.. mungkin guna betry kot..

Hari Khamis 3 hb febuari 2011

today is the day.. lepas macam-macam khabar angin nana dengar yang diterbangkan oleh angin-angin mesir yang sayup meniup..barulah dapat keputusan semalam (hari rabu) bahawasanya kami akan di hantar ke Jeddah.. masing-masing dalam hati gumbira jugak la.. terdetik nak menunaikan ibadah umrah.. Tapi sekali lagi kedengaran khabar angin yang mengatakan kami tidak dibenarkan menunaikan Umrah atas faktor-faktor tertentu seperti masalah visa dan sebagainya..

Hari ini trip pertama pemindahan pelajar-pelajar Mesir ke Jeddah akan diadakan..
ermm..............................................................................................................................................................
agak lama kami menunggu di Cairo International Airport.. Dari pagi bawa ke tengahari bawa ke petang.. Barulah selesai urusan kami.. itu baru check in dalam pukul 4 lebih.. ye.. benarlah.. penantian satu penyeksaan~ huhu.. takpe-takpe nana kena praktis2 jugak menanti-nanti ni.. satu hari nanti nana kena tunggu.... Sabar tu kan Indah <3

Hari Jumaat 4 hb Febuari 2011

Sampai Jeddah.. still kena tunggu lagi tu.. sampai-sampai kamera sana sini.. cikik cikik.. bukan saja dari wartawan malah dari pelajar-pelajar ni jugak.. Mata masing-masing dah pedih dan mengantok sangat tapi cover je (nak cakap pasal mata sendiri sebenarnya huhu..)
Alhamdulillah selamat sampai pemandangan kat Jeddah pun tak dapat nak tengok sebabnya terlelap dalam bas.. ada la terbangun jap sebelum bertolak.. Sebab terdengar ada orang membebel.. "asal aku datang je penuh" haha.. siapakah dia.. Kesian.. masa dalam flight pun macam tu jugak.. haha.. tengok-tengok yang belakang dah penuh.. kena la mereka berdua duduk dihadapan.. Haha.. tergelak sendiri aku..

Kami menetap di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Hujjaj (betul ke?? klu salah tolong betulkan ye) الحمد لله... ada jugak tempat menginap.. layanan pun ok.. Banyak barang free dapat.. selipar.. baju.. ubat.. air mineral dan sebagainya..

Masa pegi jumpa pegawai di pejabat (sebab nak beli simkad ) nampak la beberapa pelajar tolong pegawai mengupdate senarai nama pelajar yang menetap disitu.. (bagus2)


Hari Sabtu 5 hb Febuari 2011

Tiada aktiviti
pun.. hanya makan dan tidoq je... dan solat.. perjumpaan yang orangnya ghaib suara je kedengaran.. nak bukak laptop kena pergi pejabat. Satu hal lagi nak siap la kan.. Nak menapak lagi.. agak bosan juga la..

Tup-tup ada perjumpaan.. dato' tu mengisyhtiharkan bahawsanya kami akan dibenarkan pulang ke Malaysia.. (ehem2.. Testing2.. Malaysia o0h tanah air ku~~) bukan main lagi ye.. Bertepuk masing-masing. kok umumkan "ok besok boleh balik ye.. Balik ke kaherah.." hehe.. mesti ada yang tarik muka.. kui..kui..kui..

Dato' tu kata penghantaran pelajar-pelajar ke Malaysia akan ikut First in First out..
bimakna... siapa yang First masuk Jeddah dia lah First yang keluar dari Jeddah untuk pulang ke Malaysia..

Hari Ahad 6 hb Febuari 2011



Balik.. naik kapal terbang dalam waktu maghrib..
dalam flight yang poning-poning lalek.. adoi2.. dah nak turun baru la ok sikit..

Hari Isnin 7 hb Febuari 2011


sampai pun ke Malaysia (ehem2.. Testing2.. Malaysia o0h tanah airku) Alhamdulillah.. sebelum tu dapat la turun dengan selamat dan jayanya.. huhu.. Masa nak turun tangga flight tiba-tiba orang sebelah di angkatnya sepanduk.. bertulis Terima Kasih.. dah nana di tuduh oleh zulfadhli sebagai pemegang sepanduk.. adoi.. bukan den la!! den yang kena pulak ye..

Apapun Alhamdulillah selamat sampai.. hari ni memang takkan nana lupa.. huhu.. ada kenangan.. kui..kui..kui..

Walaupun orang dok heboh therourate de egypt nana tetap sayang kan mesir.. Rasa sayang nak tinggalkan bumi Mesir tu.. teringat kat...

Syeikh wail , Syeikh Asyraf , Syeikh2 yang lain, pakcik to'miyyah belakang rumah , penghantar tacobe dan hadramaut , ustaz beras(tibe2 je) , pemandu bas 24ج , pemandu tremco , bawwab , mama2 yang ada , oh ye tak lupa juga mama yang di jawazat ye.. yang suka makan to'miyyah ketika bekerja , Ammu yang langgar saya kelmarin, Betty the Fatty Cat dan semua warga mesir

Memang anda semua tidak akan dilupakan..


1 comment:

  1. gambar tak dapek nak upload sekarang nanti nana masukkan ye.. ^_^

    ReplyDelete

tinggalkan sesuatu ye...