Wednesday, February 16, 2011

أنا أحبك يا رسول الله


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Terima kasih sebab masih sudi ke blog nana yang tak seberapa.. Alhamdulillah masih ada kudrat untuk menaip.. Dah lama bertangguh entri ni nana tak bertaip-taip.. Mula-mula nana dah siap separuh tapi tiba-tiba terpadam.. Rupa-rupanya masih ada di draft selepas dicheck semula..

Dalam sehari berapakali agaknya pembaca berselawat pada junjungan mulia Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله والسلام

Nak tahu tak.. Kalau di Mesir kan apabila terdengar nama baginda disebut فجأة atau suddenly atau serta-merta atau secara AUTOMATIKnya etc mereka (warga Mesir khususnya muslim) akan berselawat.. see.. berbeza dengan suasana di Malaysia yang dok ontok je bila mendengar nama Rasulullah
صلى الله عليه و آله و السلام
Buat tak tahu je.. Siap boleh garu-garu kepala lagi (nasihat untuk diri jugak ni hehe..)

Sebelum nana postkan beberapa pandangan insan-insan hebat yang nana copy dari laman sosial facebook nana ada benda nak kongsi.. Nana terbaca di buku
الرسول صلى الله عليه و آله والسلام المعلم
وأساليبه في التعليم
(Rasulullah pendidik terulung dan 40 teknik Rasulullah mengajar)
oleh Al-'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri
yang telah diterjemah oleh..
Haji Shuhadak Mahmud

Dalam buku yang menarik ni nana ada terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsi ..
Berkata Imam Nawawi dalam permulaan kitab (syarah kepada sohih Muslim) : Disunatkan bagi mereka yang menulis sesuatu hadith apabila disebut nama Allah Taala , agar menambah perkataan
الله تعالى , الله عز وجل

Atau apa-apa perkataan yang seerti (bagi mengagungkan Zat Allah Yang Maha Tinggi)

demikian jugalah ketika ketika disebut nama baginda , maka hendaklah ia menulisnya dengan sempurna , Bukan sekadar lambang sahaja (seperti yang terdapat di buku-buku Bahasa Melayu yang hanya menulis S.A.W), dan tidak pula ia hanya tertumpu pada salah satu lafaz sahaja (selawat atau salam).

Yang sempurnanya ialah
صلى الله عليه و آله وسلم

Demikian jugalah halnya ketika bertemu dengan nama para sahabat , maka hendaklah ia menulis :
رضي الله تعالى عنهم , رحمهم الله تعالى

Begitu juga ia mengucapkan perkataan (moga Allah Taala meredhainya) atau (moga Allah Taala merahmatinya) ke atas para Ulama' dan golongan solehin. Walaupun pada asalnya , perkataan ini tidak disebutkan dalam kitab yang disalinnya , kerana ia bukanlah suatu riwayat , sebaliknya ia cuma satu doa' . Selain itu , janganlah ia jemu untuk mengulangi perkataan (doa') ini , walaupun ia berulang dalam kitab yang ditulisnya .

Namun begitu bagi mereka yang mencuaikan perkara ini , maka sesungguhnya ia telah kehilangan kebaikan dan keberkatan yang banyak .

Itulah serba sedikit perkongsian yang nana nak kongsi .. Banyak lagi perkara yang menarik nana nak kongsi tapi kalau nana tulis panjang-panjang kang orang kata nana nak taip satu buku masuk dalam entri ni.. nana cadangkan budiman serta budimanita diluar sana tu sudilah kirenye mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku yang menarik ini.. sekitar Rm28 kalau semenanjung la.. Sabah Serawak tambah sehinggit la ye.. =)

haa sekarang nana nak share pulak pada pembaca yang bijaksana ni beberapa komen yang nana dah Copy and Paste dari facebook.. Komen ni diberi oleh bijaksana , cerdiksini serta pandaisitu yang nana rahsiakan siapa orangnya.. sesiapa yang sangatlah perihatin ni dia mungkin akan perasan gerangan siapakah yang memberi komen ni..

Wall pertama
"Orang yang paling sama akhlaknya dengan akhlak Rasulullah adalah orang yang paling hampir dengan baginda pada hari akhirat kelak"..
Ayuh, marilah berakhlak sebagaimana Rasulullah saw agar luahan hati kerinduan kita kepada baginda tidak palsu.. Salam Maulidur Rasul 1432H..

Semoga kami berpeluang menatap wajahmu Ya Rasulallah, bersama ...dgnmu wahai kekasih Allah... T_T
اللهم صل على سيدنا محمد، يا رب صل عليه وسلم
Wall kedua
Mubarak juga menyumbang untuk rakyatnya, iaitu dengan meletakkan jawatan. Andaikata kedengaran dia sakit,doakanlah kebaikan buatnya. Dia mungkin 'checkmate' di hati rakyat, tapi masih ada ruang di sisi Allah. Optimislah, sekalipun pahit. Kerana Rasulullah itu adalah Nabi pemaaf. Sambutlah maulid dengan ruh amalan,bukan sekadar ucapan meniti lisan. Itulah objektif sebenar memperingati insan junjungan
Wall ketiga
Sedih hati ini, Rasul (saw) hanya diingat hanya pd 12 R.Awal setahun sekali, sementara Sunnah dan gaya hidupnya dilupakan setiap saat.

sekadar disini sahaja la perkongsian nana untuk pembaca blog nana ni.. jemputlah ziarah lagi dan nantikan entri-entri seterusnya..
(macam iklan pulak :)) hihi)

P/s : sebarang perkongsian sila tinggalkan dibawah ni ye.. :))








2 comments:

  1. walaupun sedikit...tapi dpt membuahkan manfaat yang besar di akhirat kelak...truskan lagi mnulis entri yg blh memberi byk manfaat kpd pembaca..^_^

    ReplyDelete

tinggalkan sesuatu ye...