Tuesday, September 4, 2012

Kejayaan itu ujian Kegagalan itu ujian


"Gagal itu ujian. Najah juga ujian.


Alhamdulillah. Moga ujian ini menambahkan lagi cinta kepada Yang Maha Memberi. Membuah kasih buat mak ayah yang tak henti berdoa. Mencambah cinta pada teman2 seperjuangan."

petikan status dari laman mukabuku seorang ukhti


Beberapa hari yang lalu nana dapat tahu dari rakan-rakan di Mesir tentang keputusan peperiksaan kami yang lepas. Ada yang naik tahun ada yang masih ditahun yang sama. Setiap keputusan yang Allah beri pada kita tentu ada hikmahnya.

Nana teringat ketika awal-awal nana menjejakkan kaki ke bumi anbiya' Mesir Nana dan rakan-rakan yang datang bersama ke Mesir perlu menghadapi peperiksaan kelayakan bagi membolehkan kami untuk masuk ke Universiti Al-Azhar.. Malangnya Nana gagal untuk menempatkan diri di universiti tertua didunia itu..

Nana dan rakan-rakan yang kurang bernasib baik ditempatkan di Kuliah Ulum Al-islamiyah di Hayyu Sadis. Disana nana belajar bahasa Arab. Ketika mengetahui keputusan Nana yang gagal dalam ujian kelayakan telah menyebabkan Nana sedih yang amat sangat sehingga Nana ada terdetik dihati untuk kembali ke Malaysia melanjutkan pelajaran di Malaysia. Nana sangat-sangat kecewa. Mungkin kerana melihat keadaan Nana yang tidak begitu semangat ketika itu seorang ukhti datang mendekati Nana memberi kalam taujihad. Kata-katanya membuatkan Nana bangkit bersemangat. Dia tanya keadaan Nana dan memberikan kata-kata semangat. Nana pada mulanya berlagak kuat, berjujuran air mata keluar. Terluah dari mulut Nana " Akak saya rasa MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) dah silap pilih orang, saya tak layak, "

"Ya Allah.. Nana tak boleh cakap camtu , Nana bercakap camtu seperti Nana marah pada Allah atas apa yang Allah tetapkan pada Nana "
ketika itu Nana terkedu. "Mungkin ada yang lebih baik Allah telah rancang untuk Nana, "

Ketika itu baru Nana tersedar dengan ketelanjuran kata-kata Nana itu.

Gagal bukan bermaksud kita terus jatuh tapi lebih mengajar kita.

 "FAILURE IS MOTHER OF SUCCESS"

Kejayaan yang Allah beri juga satu ujian buat penerimanya. Allah menguji sejauh mana kita mampu menjadi insan yang bersyukur. Sejauh mana hati boleh menangkis perasaan riya', ujub, bangga diri dan bongkak. Mereka yang Allah kurniakan kejayaan juga lupa dan alpa bahawasanya kejayaan yang mereka kecapi itu bukanlah dari usaha mereka yang kecil itu sahaja bahkan dari luasnya rahmat Allah..


"INGATLAH RAHMAT ALLAH ITU LUAS JIKA DIBANDING DENGAN USAHA KITA YANG KECIL ITU"

Kata-kata dari seorang ukhti ketika Nana mengadukan padanya keluh dan resah Nana beberapa hari sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan..

SEMOGA ALLAH MEMBANTU KUATKAN HATI KITA 

MESKIPUN KITA BERJAYA

MESKIPUN KITA GAGAL

wallahu'alam

p/s : Nana rasa dah lambat sangat dah ni tapi nana nak ucap juga Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)





No comments:

Post a Comment

tinggalkan sesuatu ye...