Friday, May 4, 2012

syafawi o0 syafawi


berdebar je...kena check doktor ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Mari sama-sama kita selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi kita 
Nabi Muhammad
 صلى الله عليه واله و السلام



Alhamdulillah kali ni dapat juga update blog ni..
memanjang takde masa. =___="
(nana awak kata awak takde masa ! awak tipuuuu) Ermm..hehe..okey okey..saya takde kesempatan la... Plus laptop rosak dan memerlukan masa untuk diperbaiki. Mungkin minta tolong my beloved abah betulkan kot.. Disebabkan jari saya dah riang sangat sehingga tidak dapat dibendung lagi keriangan ini menjangkaui kota keriangan Genting Highland jadinya saya Nursyazana Binti Shukor pinjam laptop my beloved ahli beit (house mate).. Terima Kasih DEK YAH!!!
hihi..(-^_^-)

- muqaddimah tamat -

Ceh rasa macam buat bahas (assignment) pula ada muqaddimah ni (pendahuluan)..huhuhu.. ^ o ^ !

kali ni saya nak cerita pasal pengalaman yang baru-baru ni saya alami..Wahh fresh lagi cerita ni tau..
Syafawi.. Tahukah anda ? ( muzik latar : ost national geography )
Syafawi merupakan peperiksaan berlisan yang diduduki oleh pelajar seperti saya..Kebiasaannya pelajar akan mengalami penyakit cuak.. Sintom-sintom yang dialami adalah seperti..

 1. Sesak nafas (actually bernafas laju ) =_="
2. Tangan berpeluh
3. Kaki menggeletar
4. Perut sakit tak semena-mena
5. Muka berkerut  @ senyum paksa
6. dan banyak lagi....

syafawi bukan sahaja dihadapi oleh pelajar bahkan pekerja yang ingin mencari kerja yang memerlukan mereka ditemuduga..
berdebarkan.. (stop the music please..ehem2)

Baru-baru ni aku dan rakan-rakan yang lain menghadapi syafawi.. Jurusan Syariah Islamiah antara jurusan yang banyak syafawi.. (padahal 4 je  -_-") tapi lagi banyak la dari Usuluddin dan Lughoh..... (eleh beza 1 madah je ;P)

1. Al Quran
2. Fiqh Mazhabi ( Fiqh Syafei )
3. Fiqh Muqoron ( Fiqh perbandingan )
4. Usul Fiqh



setakat ni saya dah selesai semuanya kecuali..
AL QURAN.... (waaahhh sangat mendebarkan! gulp ! =____="""")
Memang setiap kali waktu syafawi saya akan mengalami perasaan yang tidak pernah saya rasakan dihari-hari biasa..saya rasa seolah-olah saya seorang pesalah dan akan dihadapkan di hadapan hakim dan peguam... ( ok sebenarnya takde la sedahsyat itu )
tapi memang betul-betul mendebarkan okey..


Ketika syafawi Fiqh Muqoron saya bersyukur sangat saya diajukan soalan yang senang..
tapi masalahnya berpunca pada diri saya yang terlampau darah gemuruh.. Tambahan saya tiba-tiba ditarik masuk oleh seorang pembantu duktoroh.. Tanpa persediaan yang rapi saya dengan gelabahnya menggosok-gosok tapak tangan dengan ibu jari sambil tergagap..-- (apo kono tah)
Tak semena-mena saya ditengking..terus dpt jawab dua tiga point..
balik nangihh....hehe..

Syafawi Usul Fiqh pula saya ditimpa ujian.. Saya mengalami sakit perut yang amat sangat ketika itu..
Ramai rakan-rakan yang datang membantu.. Alhamdulillah Allah kurniakan pada saya sahabat-sahabat seperti mereka.. Dalam keadaan masing-masing berdebar dan takut untuk menghadapi syafawi tapi mereka tetap mengambil berat terhadap saya... (mood terharu )

--Angah Melaka tolong call Ustaz Bad dan Ustaz Ilya untuk jemput saya balik Rumah Negeri, tolong papah, tolong bagi kata semangat, dan lain-lain
--Aisyah Pahang tolong kipas(hihi..cam pengantin pulak ) , tolong papah, tolong tenangkan
--Adik Selangor tolong urut kaki
--Kak T Pahang tolong cari dukturoh dan tolong minta tunda Syafawi (walaupun tak dapat)
--A.T Pahang tolong Kak T cari Dukturoh dan tolong sama-sama cari lajnah @ Bilik peperiksaan
--Ustaz Bad dan Ustaz Ilya tolong jemput saya balik rumah pakai kereta , hantar pergi klinik , tolong jadi tukang cakap sementara dengan doktor , tolong ambil ubat , tolong bayar (ermm nanti saya bayar balik ye..brape ye bayarannya?? hihi)
--Dukturoh Tafsir Ayat Ahkam yang comel bagi saya ubat dan gula-gula
--Akhwat Arab dari Syariah wa Qanun yang tolong papah dan bagi semangat
--Orang yang bagi semangat
--ahli beit juga
dan mereka-mereka yang banyak membantu yang mungkin tak tertulis disini..
terima kasih ya Allah dengan kehadiran mereka..
(-^_^-) -- muka terharu
[ ehem..ehem..ehem famous korang hari ni.. (^ o ^ ) Y ]

Seterusnya Syafawi Fiqh Syafei.. Soalan pun sama senang juga cuma darah gemuruh ni susah untuk dikawal. Jadi perkara yang sama ketika Fiqh Muqoron berulang kembali..
Tapi takde la kena tengking lagi. hehehe 
Gagap tu la datang balik. Memang tidak dinafikan aku lemah untuk bersyafawi.. -__-!

next..just around the corner...will be coming soon..
Al quran.. (tidakku tahu bila)

itulah ceritanya..

Nasihat dari rakan-rakan :

Mereka kata..

-- takpe sekurang-kurangnya nana dah berusaha.. Allah pandang usaha kita.. InsyaAllah
-- sentiasa Husnudzon (bersangka baik) dengan Allah
-- buat yang terbaik untuk tahriri (ujian bertulis)
-- sebelum masuk dewan peperiksaan selawat banyak dan mohon dipermudahkan
-- dan lain-lain

Terima kasih Ya Allah..
Allah kirimkan nasihat serta bantuan melalui tentera-tenteraNya di bumi ini..
Melalui pelbagai wasilah..
Macam-macam pengalaman serta pengajaran yang dipelajari dari kehidupan secara teori mahupun amali

kawan-kawan pembaca sekalian!! ( Moga bermanfaAT sebagai penguAT )



1 comment:

  1. tahniah si riang!!!!...penceritaan yang menarik lagi meriangkan sesiapa yang membaca..buat yg terbaik utk imtihan yg akn dtg tau..^_^

    ReplyDelete

tinggalkan sesuatu ye...