Wednesday, December 16, 2009

majlis pernikahan kak teh ~~

pada 11 ~ 13 disember yang lalu , aku dan keluarga telah pergi ke rumah mak long yang terletak di keluang johor sebab ade majlis perkahwinan kak teh.. mak long minta tolong mak dan abah untuk tolong masak lauk pengantin n beberapa hidanagn untuk tetamu istimewa..hmm.. aku rasa memang ada hikmah aku ikut mak aku pergi rumah mak long.. aku ni memang tak biasa dengan keluarga mak long.. so bila aku datang rumah maklong aku ni .. aku dapat la bermesra dengan sepupu aku kat sane.. walaupun sebenarnya tak de la mesra sangat tapi ada la bertegur sapa sikit.. kalau hari raya tu memang tak pernah nampak la aku cakap dengan sepupu .. diam yo la..

hari pertama , tak de buat apa-apa aktiviti.. kami hanya berehat di bilik bawah.. tapi petang tu dalam pukul 3:30 aku ada latihan mengaji untuk majlis khatam al-quran yang akan diadakan pada esok hari.. aku ni jenis tak biasa baca depan baca orang ramai. cuak yg amat.. menggigil tangan ni haa... mula bacaan surah pertama suara aku terketar-ketar , pensil yg dipegang pun menggigil.. huhu.. beso la tu kali pertama.. surah kedua dan seterusnya aku dah stabil .. tak menggigil lagi.. ketorang berhenti sejurus selepas masuk waktu asar.. sekejap je.. tapi keyakinan untuk bace tu dah mule ade la alhamdulillah.. korang bayangkan kalau aku tak praktis bace .. tak ke menggigil aku time majlis khatam Al-Quran tu.. betul la idiom yang mengatakan " Practise makes prefect ! " hmmm betul tak??!







besoknya mak dengan abah bangun awal.. pukul 3 ke 4 dah bangun.. awal kan.. aku sedar mak n abah bangun tapi aku meneruskan tidur ku... mak dan abah nak sediakan makanan untuk tetamu bagi majlis khatam nanti.. saat yang mendebarkan telah pun tiba.. mula lah pembacaan al-quran .. mujur la yang datang semuanya perempuan so tak de lah gemuruh benar.. lepas bacaan Al-Quran makcik-makcik ni pulak berzanji.. memang mantap la suara masing-masing walaupun masing-masing dah agak berumur .. aku?? hai tak payah la.. lepas berzanji ada majlis cukur jambul.. dalam pukul 11 ke 11 lebih habis la majlis ni..



pada hari yang sama diadakan majlis pertunangan kak teh.. hmm... agak penat gak la sebab bnyak event yang diadakan dalam satu hari .. penat betullah.. tapi aku tidak la sepenat mak dan abah sebab aku hanya tolong sikit saja.. hehe.. bukan curi tulang tau.. abah memulakan tugas abah iaitu ambil gambar..



pada hari ahad , berlangsung pernikahan kak teh.. setelah 18 tahun lebih aku hidup baru la aku tahu nama sebenar kak teh.. namanya shareeza azzura binti shahrudin .. hmm berbelit lidah menyebutnya.. aku ni tak suka sangat nak mengadap orang nikah.. so aku duduk la dalam bilk.. tiba-tiba mak aku pangil suruh jadi pengapit sementara.. ni la kerje yang aku paling tak suka sekali.. huh.. apa yang aku fikir masa tu .. aku fikir tak pe sekejap je .. sementara je..

dalam tengahari pengantin bersiap nak ke dewan.. majlis persandingan diadakan di dewan Tengku Ibrahim Ismail.. sebelah tasik.. sebelah pejabat TNB.. aku dah sampai dulu dari penganti.. berdiri saja depan dewan tak masuk-masuk..
saje je tunggu pengantin masuk dulu.. satu lagi perkara yang aku paling tak suka dan benci ... hmm sekali lagi aku dipangil untuk jadi pengapit... aaargh!!! dalam hati tuhan saja yang tahu.. mak andam tu panggil-panggil suruh aku jadi pengapit.. sepatutnya adik pengantin laki jadi pengapit ... geram pun ada juga.. malu..?? hmm biasa je.. bukan den goma bona pon.. tapi apakan daya .. aku turuti jua.. dalam pkul 5 program pun habis... balik tu memang penat betullah.. petang tu jugak balik rumah.. aku memang seronok betullah.. ye la aku ni walau sejauh mana pun pergi aku lagi selesa duduk rumah sendiri.. boleh buat apa saja yang aku mahu.. huhu~~


home sweet home!!

1 comment:

tinggalkan sesuatu ye...