Wednesday, April 3, 2013

Tetamu Allah + Fasa 2

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad 
صلى الله عليه و سلام

2.14 petang waktu Mesir
Suhu di kota Cairo lebih kurang 31 darjah celcius
Alhamdulillah masih berpijak dibumi yang nyata walau kaki tak mecapai tanah
(memanglah ditingkat 3 kan) 

Semoga dizinkan menjadi tetamuNya



Fuh sana Fuh sini..banyak betul dah habuk dan sesawang kat dalam blog ni..
Lama betul rasanya tak letak entry baru.

Betullah kata para Hafiz dan Hafizah mengulang bacaan AlQuran tu lagi berat dari menghafal.
Tadi rasa berat betul ketika mengulang juzu’ 1.
Nana tolonglah rajin ngulang..kau dah tahun 2 ni..11 madah kau ingat sikitt!erghhh!!dahnya fasa lepas ada yang tak habis baca!!
Ok2 Nursyazana dah berhenti monolog..

Semalam ada dapat mesej dari abah. Alhamdulillah abah dah selamat sampai ke Bumi Jeddah.
“Salam abah dh smpi jedah”
Dengan terujanya terus telefon abah melalui lowrate voip ukhti Norehan.
Suara abah seperti selalu..gembira hati mendengarnya..diakhir panggilan..
“ Abah nanti abah ada masa free abah bagitau nana, nanti nana call abah lagi..kirim salam kat semua. I love you!”
“ I love you too”
Akhirnya tercapai jugak impian abah mak dan atok nenek nak menunaikan ibadah Umrah sekaligus menjadi Tetamu Allah.

Nana yang dah dekat ni pun tak pergi lagi..

Insyallah gai..emta??Wallahu’alam
Beberapa hari sebelum mak abah bersama-sama atok dan nenek berangkat ke bumi Barakah itu nana hari-hari skype dengan mak dan abah..

Alhamdulillah..terubat rindu di hati..dah la jarang yang amat sangat nak call Malaysia..
Melihat wajah adik-beradik yang kian meningkat besar..
Nursyazwani dan Nursyazakhairiah dah semakin besar. Nursyazakhairiah masih manja seperti dahulu..tak kering gusi melihat telatah adik-adik.

Ok sekarang jadual tutorial dah keluar. Kena siap sedia mental dan fizikal untuk menempuhi ke sebelas-belas madah syariah tahun 2 dan termasuk 2 madah takhaluf tahun 1 yang lepas.(apakah benar ayat ku ini?kesebelas-belas??)

Allah takkan membebani sesorang itu melainkan dengan kemampuannya..

Jadi buang semua sifat negatif , pasif , dan yang sewaktu dengannya dan panaskan enjin turbo 1991 anda wahai diri!!!

Terus bersemangat untuk menempuhi hari tanpa sia-sia yang akan datang..
 Jom saling mendoakan ^_^

Sunday, November 18, 2012

bla bla bla





Kamera : Nikon coolpix L16 (7.1 megapixel)
software : ps 6
model : Dr. Siti Rodhiah

Thursday, November 1, 2012

Mengigil di Suboh hari..grrr


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 Selawat dan salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad
صلى الله عليه والسلام

Situasi 1
 grrrrr  *gigil!!!
Apa mandi pagi?? Lepas subuh !!!
Tak tahan la.. Sejuk sekali...

Situasi 2
 Ala relax la.. Buat apa terburu-buru mandi awal pagi..
Tengahari pun boleh..☼ 
huhuhuhu
 ♫ ♬♪♩ lalalalala ♫ ♬♪♩

Tahukah anda dan saya ?
*sebenarnya nana pun baru tau..huhu.. (◕‿◕)

Mandi sebelum subuh tu lebih elok!!! 

Dibawah ni ada 6 info yang bermanfaat





Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata,(*terasa T_T) mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

info diatas ni nana dapat dari laman sosial facebook

Wallahualam tentang kebenarannya..
Menurut pandangan nana mengurangkan tekanan dan merasakan tenang tu mungkin ada betulnya..
Nana ada dengar dari senior ketika di sekolah Menengah dulu.
Beliau kata kalau mahu awet muda ketika mandi mulakan dari kaki bawa ke kepala..
Kalau mandi dari kepala organ kita akan mengalami kejutan

Selamat mencuba!!

(◕‿◕)

::NanaSimple::

Wednesday, October 31, 2012

???



Assalamualaikum pembaca semua..

nana baru berhajat nak tukar header kepada yang ini,,






Tapi apabila dalam tempoh percubaan tadi nana tengok kurang best la

macammana nak buat header tu lebih besar dan center ye?

ermm...

Tuesday, October 30, 2012

teghonchek jap..


                                                    Bismillahirrahmannirrahim..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..



Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه و السلام




Di sebuah kedai makanan segera..
si A sedang beratur untuk membeli makanan.. Disampingnya si B sahabat si A yang beratur dengan niat yang sama.
Kelihatan seorang gadis manis yang berpurdah. Ayu. 



si A : B, ada orang arab la.



si B memandang si gadis manis. Jarak si A dan B dengan gadis manis berpurdah diselangi beberapa gadis yang lain..
Mata si A terpandang pakaian gadis berpurdah tersebut.



si A : Atas cantik berpurdah sekali bawah pakai seluar ketat. (seluar jeans fit + bju tshirt lengan pnjg)



si B : aah la.. (sedikit terkejut) tu bukan orang arab tu..



maka teghoncek la si A dan B sebentar..



Fesyen baharu ka?? OoO ~~~




p/s : Nak tutup wajah ke nak pakai pakaian longgar..
Haruslah kedua-duanya kan :)
Bukankah lebih manis jika ditutupi seluruh badan dengan sempurna..
Moga ada lebih improvement dalam cara kita menutup aurat..

Rakan-rakan sekeliling tolong ya support bila ada diantara sahabat kita yang mahu menutup aurat
Jangan pula digalakkan dia untuk memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan
dan awak-awak yang sedang cuba berubah... Jangan pandang belakang,, Yup awaklah..

Teruskah usaha ye! Semoga terus kuat! :)

a simple guide for you my ukhty ;)









Thursday, October 18, 2012

Saya budak baru belajar ^_^




Model : Hilwa Mahmad , Afiqah Mahmad
Tarikh : 18 Oktober 2012
Sofware : Adobe Photoshop 7.0 ME




Model : Pakcik Mahmad dan Isteri
Tarikh : 20 Oktober 2012
Sofware : Adobe photoshop 7.0 ME

Tuesday, September 25, 2012

1 Kisah Enam Saudara


Alhamdulillah cetusan idea minggu lepas terhasil hari ini.. ^__^


Add caption



Adik Beradik nana..

Abang 1.

 Muhammad Zharif bin Shukor

Saya 2.

 Nursyazana Binti Shukor

Adik-Adik

3. Muhammad Zhafir bin Shukor

4. Muhammad Zuhair bin Shukor

5. Nursyazwani binti Shukor

6. Nursyazakhairiah binti Shukor