Monday, February 13, 2012

wanita dan cemburu..

assalamualaikum kepada pembaca...

selawat dan salam buat junjungan mulia
rasulullah , sahabat serta keluarga baginda..


tiba-tiba jari ni rasa nak tulis tentang wanita dan cemburu..
kenapa ya wanita ni sering dikaitkan dengan cemburu..


angkara cemburu

(mood : memang tengah cemburu ni pun.. hihi :P)

jika cemburu itu bermata pasti akan mengalir je sepanjang masa..
cemburu juga sering dikaitkan dengan wanita..sebab 9 nafsu 1 akai ka~~ (kedah pulak dahhh)
setengah pendapat kata cemburu tanda sayang ( saya : tak tahu -_-") ..
tapi adakah kalau tak cemburu tu tanda benci (=0=" ????? saya : tak semestinya la!)..
dan adakah dengan cemburu juga bermaksud kita tak ada rasa percaya
(???? =,= saya : tak semestinya la) pada pasangan atau siapa-siapa sahaja..
ermm..segala persoalan hanya diri masing-masing je boleh jawab ikut pendapat dan situasi masing-masing..

istilah cemburu pun ada macam-macam kan..cemburu buta, cemburu memburu-buru dan terburu..hehehe..
apapun istilah yang cuba diwujudkan... cara tangani cemburu juga kena ada caranya...
kena tenang..dan berfikiran positif..

cemburu pun kena la berpada-pada..
takkanlah kalau sahabat kita minum secawan dengan orang lain nak cemburu kan.. (saya : tak patut)
tapi kalau seorang isteri ternampak dari handphone suaminya mesej dari perempuan lain (yg mesejnya sebijik macam mesej si isteri dengan si suami..) memang patut pun cemburu kan..
cara penyelesaian kena la bijak dan tidak mengikut hati dan perasaan sahaja..
macam mana pula dengan mereka yang belum ada ikatan yang sah??contoh macam tunang,,
perlukah ada cemburu itu??
cemburu kan memang tak boleh elak..tapi boleh control kan..
cuba kawal perasaan cemburu tu supaya tak mengeruhkan lagi keadaan..

sekadar buka minda serta muhasabah bagi mereka yang mungkin sedang cemburu atau mungkin benci dengan perkataan cemburu..

cemburu tak salah tapi berpada...

(gambar hanya imaginasi penulis yang melampau hehe~ )

Wednesday, January 25, 2012

mulianya akhlak mu ya Rasulullah !!


selawat N salam buat junjungan mulia Rasulullah
صلى الله عليه والسلام

Sungguh mulia Akhlak baginda...

Aku terpegun tatkala aku terbaca post seseorang di laman bersawang Facebook..
tentang mulianya Akhlak junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه والسلام ...


" KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. "

Semoga para pembaca mengambil iktibar ye..
peringatan bersama... Ayoh bersolawat!!!

wAllahualam.. ^^

alhamdulillah selesai..~

selawat N Salam buat junjungan rasulullah
صلى الله عليه و السلام


Assalamualaikum pembaca...Alhamdulillah telah beberapa hari berlalu setelah tamatnya peperiksaan kali pertama di fasa pertama.. seringkali ditanyakan selepas peperiksaan "macam mana exam hari tu??" jawapan yang sering dibalas "Alhamdulillah...InsyaAllah.. wAllahua'lam"
Aku pun tak tau macam mana aku nak cakap perasaan aku lepas exam hari tu..
nak kata aku mampu jawab dengan baik wAllahua'lam.. Aku berharap agar semuanya baik-baik belaka..

Masa aku imtihan hari tu..

aku telah menerima sepucuk surat di dalam telefon bimbit mudah sangat beralih aku tu,,
pengirim tersebut berkata......


" tiada sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah & Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki...
Ya Allah, Mudahkanlah segala urusan ukhti ku,
Terangilah hatinya dengan cahaya petunjukmu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari Mu selama2nya...fi hifzillah (: "



Begitulah isinya.. kebetulan masa tu aku memang rasa macam lemah semangat..dan bukan on Mood..
aku pun tak tanya siapa pengirim mesej tersebut..
mungkin sahabat-sahabat isma kot..
maaf ye pengirim,, Almaklum la orang yang kerosakan telefonnya..memang macam ni la..
nombor yang dah save sume terpadam bila dh tukar handset...

istifadah yang aku dapatkan...

Betapa Allah sayangkan hamba-hambaNya..
Allah beri peringatan kepada kita saat kita lupa,,
Allah beri kita kekuatan saat kita tak terdaya,,
Allah beri ilham dan inspirasi saat kita tak bermotivasi,,
Allah bantu kita saat kita perlukan pertolonganNya,,
semuanya atas izin Allah,,
cuma setiap manusia berbeza caranya,,
mungkin dengan wasilah yang berbeza..


contoh macam aku,, saat aku hampir jatuh Allah hantarkan seseorang yang aku tak tahu siapa,, cuba berkongsi semangat juangnya bersama,,

Alhamdulillah ya Allah..

setelah selesai semua ini kita letakkan la setinggi2 tawakal kepada Allah..
sesungguhnya Allah itu kan Maha Mendengar hati-hati hambanya..
Lubabah (seorang teman ) pernah berkata :

" nana,, Bila kita dah letak setinggi2 tawakal pada Allah setelah berusaha,, Maka setiap keputusan yang Allah kurniakan pada kita akan buat kita tenang "


moga diri ini dan rakan-rakan yang lain dapat mengambil iktibar dalam apa jua yang terjadi dalam hidup kita...

maghrib sudah di kota Cairo..

ayoh nyolat!!! moga pembaca diberkati ALLAH...

^^

Wednesday, December 7, 2011

exam is around de corner!!!!

haaaa!!!?? exam dah dekat dah...!

Assalamualaikum pembaca...ayuh selawat dan salam dulu buat junjungan mulia nabi Muhammad صلى الله عليه والسلام ....

selamat tengah malam warga mesir dan selamat pagi warga malaysia... ^_^

semoga sihat-sihat hendaknya...

tak lama lagi peperiksaan bakal berlangsung. Bila???

desas desus mengatakan 8 januari..apa-apa pun bersedia sajalah..

kutub (buku2) pun tak habis baca lagi...

masa saya adik baru akak-akak senior sering mengingatkan tentang tajdid niat..iaitu memperbaharui niat..jadi mari betulkan niat masing-masing sebelum periksa nanti...study lillahitaala... Jangan overconfident...

sesungguhnya ilmu Allah itu luas~ <3





jom genggam pasir ??eh...jom genggam bara sampai jadi abu...ingat mereka yang gagal tidak semestinya mereka jahil..mungkin kegagalan sebagai ujian buat mereka...

bittaufiq wannajah semua!!

semangat terus membara!!!

Friday, October 28, 2011

kuliah baharuku + serba salah =,="

sedapnya ubi keledek!

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum semua!!
Sekarang dah bulan Oktober.. Alhamdulillah peperiksaan Imtihan Qabul di Kuliah Ulum Islamiah hayyu Sadis telah selamat saya tempuhi..Alhamdulillah juga saya panjatkan kerana dapat saya lepasi peperiksaan tersebut..Markah tidak sehebat mana..tapi masih mampu menempatkan saya di universiti Alazhar Assyarif lilbanat dalam jurusan pengajian islam dan bahasa arab fakulti syariah islamiah..Kuliah pun sudah banyak yang mula..
Cuma terdapat beberapa kelas yang masih belum bermula..mungkin juga kerana ketiadaan pensyarah..Jika ketiadaan kitab tidak menjadi masalah bagi pensyarah untuk masuk ke kelas..Cuma terpulang kepada pelajar bagaimana mereka mengambil cakna dengan apa yang disyarahkan oleh pensyarah ketika kuliah..ada yang cuba menulis nota, ada yang merakam dan tidak kurang juga yang mencetak semula nota pelajar arab samada photostat mahupun cetak manual-tangan (hehe..termasuk saya la tu..^_^)

Urusan untuk kemasukan kuliah saya agak sukar sedikit.. Mungkin kerana kekurangan tenaga kerja..Mungkin juga kerana sikap sesetengah pihak yang menyebabkan urusan menjadi lambat.. Tak kisahlah dari pihak pelajar mahupun pengurusan..Cuma sebagai pelajar kita a..seharusnya banyak bersabar dan berdoa agar segala urusan kita, tidak kira dimana pun kita berada dipermudahkan-Nya Amiinn...^_^

Nak tahu cerita tak??

Suatu hari saya keluar rumah bersama adik bilik saya, Dekyah..Membeli barang untuk rumah di REGAB ( nama kedai sayur-sayuran dan buah-buahan) dan di SALSABIL ( nama kedai runcit je)..
Kami keluar rumah agak lambat petang itu menyebabkan kami terpaksa berpisah di pertengahan jalan bagi mengagihkan tugasan membeli barang..Saya ke salsabil membeli telur manakala Dekyah ke Regab membeli sayur.. Selesai membeli terus saya bergegas ke Regab unntuk berjumpa Dekyah..Kelihatan ammu jual (batotis ahmar - betulkan saya kalau tersilap ye..hehe-) iaitu sejenis keledek yang sedap dimakan begitu saja- yeah! hihi.. Ammu tu jual keledek dihadapan kedai Regab tersebut..

Nak dijadikan cerita saya dan Dekyah nak beli keledek tersebut..Dekyah minta dengan harga LE 2.. Ammu tersebut berkata "semuanya LE 5 je".. Dekyah pun setuju je..sambil menunjukkan kearah keledek yang agak besar.. Ammu tersebut berkata keledek tu LE 7..Saya pun berkata dengan Dekyah "LE 7 pulak, takpe la Dekyah, tak payah la"
Sambil menunjukkan reaksi muka yang agak hampa (ni bukan dibuat-buat ye..hehe) kami pun mahu meninggalkan Ammu tersebut..Ammu tu berkata, "Okey-okey LE 5" - dengan muka redha je...

Dengan riang gembira kami pulang.. Dekyah membuka cerita - =,=' cerita apakah???
(status : suspen )..
" Akak nak tahu tak, tadikan masa kat Regab.. Ammu yang jual keledek tu ambil sebiji buah -Dekyah pun tak pasti buah apa.. dia tanya penjual di kedai Regab berapa harga buah tersebut..dengar je harga buah tersebut Ammu tu terus letak balik"

Terus hati saya dilanda serba salah dan kasihan..ermm..Mungkin harga yang dinaikkan Ammu untuk keledak yang kami beli ingin digunakan untuk membeli buah tersebut..
Macam-macam bermain difikiran..Mungkin anak dia teringin makan buah tersebut ke..atau mungkin Ammu tu sendiri yang teringin sangat nak rasa buah tersebut..
Kadang-kadang Ammu yang naikkan harga ni bukan kerana mereka Cekik Darah.. Tapi mungkin juga mereka terdesak atau terpaksa..kadang kala pemikiran kita haruslah melangkaui pemikiran luaran.. Kerana apa yang tersembunyi didalam sukar dilihat atau mungkin juga tidak kelihatan langsung..

P/s : cuba la memahami keadaan situasi orang lain..Sesuatu terjadi pasti ada yang tersembunyi..Kita tidak tahu.. tetapi INGATLAH bahawasanya
ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Sunday, September 25, 2011

cerita lama~saje nak ungkit balik..^_^



gambar sekadar hiasan


Wah..Wah..Dah lme bebenor teman ghase tak memuatkan blog teman dgn entri-entri terbaharu. Kali ini nana nak ceritakan tentang hari ulangtahun kelahiran Nana yang disambut oleh ahli beit nana kat 4b tu..
Masa kejutan tu diadakan nana duduk je kat rumah. Sememangnya mereka pandailah merancang. Sebabnya sampai la ni depa tak bagitahu rancangan mereka tu..
Puas la mereka berselindung dengan aku dan Kak Rehan. Tiba-tiba hari ni makan Hadramout. Pastu nak makan sama-sama. Pernah je tak makan sama-sama takde masalah pun. Barulah teman faham..
Patut la Kak Humaira kata pergi Genena Mall. Pastu kejap dia kata dia pergi pasar pula. Dia boleh kata dia tahu pasal Muzoharot tu kat TV. Tengok kat suq tamin. Kan pelik tu. Selama beberapa bulan dan beberapa kali aku pergi pasar tak pernah perasan pun ada dan wujudnya TV di Suq Tamin tu. Rupa-rupanya mereka pergi Genena Mall kemudian baharulah pergi ke Pasar..
Nak dipendekkan cerita lepas maghrib tu nana dengan Kak Rehan pun bersiap sedia la nak makan. Tiba-tiba Kak Wa bawa kek coklat+kekacang. Sambil tu kedengaran la lagu Sanah Helwa (Happy Birthday to you~ Happy Birthday to you~) Aku memang menjangka Kek tu untuk kak Rehan sahaja. Walaupun jarak hari lahir aku dengan Kak Rehan cume beberapa Hari sahaja tapi memang tak jangka la kek tu untuk kami berdua. Kak Rehan 26 Mei dan Nana 30 Mei. Nama Nana ada kat atas kek tu. Hihi. Walaupun wish agak awal aku tetap terharu jugaklah dengan sambutan ni.. Ribuan terima kasih juga buat Liyana Rusydan sebab sudi bawa kek tu dari simpang jalan ke RNSK..^_^

P/s::mekasih buat semua warga ahli beit 4B yang masih merahsiakan harga kek sedap tu. Sungguh terharu la nana dan Kak Rehan dengan kalian ni.. Asue Syira ~ Kak Wa~ Kak Syaza ~ Kak Humaira’~ Kak Sue terima kasih..

Saturday, June 11, 2011

عندما يتحرك الأصابع

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Mari kita sama2 ucapkan selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad
صلى الله عليه وآله والسلام


alhamdulillah di petang yang penuh keberkatan ni nana dapat menaip dengan riang kat blog nana ni..

nana tau sekarang ni mejoriti sibukkan..
masing-masing nak exam kn..
nana doakan anda semua dapat jawab exam dengan baik dan mendapat result yang baik ye..
insyAllah amiiinn ya rabb..
berusahalah!!!!