Wednesday, December 7, 2011

exam is around de corner!!!!

haaaa!!!?? exam dah dekat dah...!

Assalamualaikum pembaca...ayuh selawat dan salam dulu buat junjungan mulia nabi Muhammad صلى الله عليه والسلام ....

selamat tengah malam warga mesir dan selamat pagi warga malaysia... ^_^

semoga sihat-sihat hendaknya...

tak lama lagi peperiksaan bakal berlangsung. Bila???

desas desus mengatakan 8 januari..apa-apa pun bersedia sajalah..

kutub (buku2) pun tak habis baca lagi...

masa saya adik baru akak-akak senior sering mengingatkan tentang tajdid niat..iaitu memperbaharui niat..jadi mari betulkan niat masing-masing sebelum periksa nanti...study lillahitaala... Jangan overconfident...

sesungguhnya ilmu Allah itu luas~ <3





jom genggam pasir ??eh...jom genggam bara sampai jadi abu...ingat mereka yang gagal tidak semestinya mereka jahil..mungkin kegagalan sebagai ujian buat mereka...

bittaufiq wannajah semua!!

semangat terus membara!!!

Friday, October 28, 2011

kuliah baharuku + serba salah =,="

sedapnya ubi keledek!

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum semua!!
Sekarang dah bulan Oktober.. Alhamdulillah peperiksaan Imtihan Qabul di Kuliah Ulum Islamiah hayyu Sadis telah selamat saya tempuhi..Alhamdulillah juga saya panjatkan kerana dapat saya lepasi peperiksaan tersebut..Markah tidak sehebat mana..tapi masih mampu menempatkan saya di universiti Alazhar Assyarif lilbanat dalam jurusan pengajian islam dan bahasa arab fakulti syariah islamiah..Kuliah pun sudah banyak yang mula..
Cuma terdapat beberapa kelas yang masih belum bermula..mungkin juga kerana ketiadaan pensyarah..Jika ketiadaan kitab tidak menjadi masalah bagi pensyarah untuk masuk ke kelas..Cuma terpulang kepada pelajar bagaimana mereka mengambil cakna dengan apa yang disyarahkan oleh pensyarah ketika kuliah..ada yang cuba menulis nota, ada yang merakam dan tidak kurang juga yang mencetak semula nota pelajar arab samada photostat mahupun cetak manual-tangan (hehe..termasuk saya la tu..^_^)

Urusan untuk kemasukan kuliah saya agak sukar sedikit.. Mungkin kerana kekurangan tenaga kerja..Mungkin juga kerana sikap sesetengah pihak yang menyebabkan urusan menjadi lambat.. Tak kisahlah dari pihak pelajar mahupun pengurusan..Cuma sebagai pelajar kita a..seharusnya banyak bersabar dan berdoa agar segala urusan kita, tidak kira dimana pun kita berada dipermudahkan-Nya Amiinn...^_^

Nak tahu cerita tak??

Suatu hari saya keluar rumah bersama adik bilik saya, Dekyah..Membeli barang untuk rumah di REGAB ( nama kedai sayur-sayuran dan buah-buahan) dan di SALSABIL ( nama kedai runcit je)..
Kami keluar rumah agak lambat petang itu menyebabkan kami terpaksa berpisah di pertengahan jalan bagi mengagihkan tugasan membeli barang..Saya ke salsabil membeli telur manakala Dekyah ke Regab membeli sayur.. Selesai membeli terus saya bergegas ke Regab unntuk berjumpa Dekyah..Kelihatan ammu jual (batotis ahmar - betulkan saya kalau tersilap ye..hehe-) iaitu sejenis keledek yang sedap dimakan begitu saja- yeah! hihi.. Ammu tu jual keledek dihadapan kedai Regab tersebut..

Nak dijadikan cerita saya dan Dekyah nak beli keledek tersebut..Dekyah minta dengan harga LE 2.. Ammu tersebut berkata "semuanya LE 5 je".. Dekyah pun setuju je..sambil menunjukkan kearah keledek yang agak besar.. Ammu tersebut berkata keledek tu LE 7..Saya pun berkata dengan Dekyah "LE 7 pulak, takpe la Dekyah, tak payah la"
Sambil menunjukkan reaksi muka yang agak hampa (ni bukan dibuat-buat ye..hehe) kami pun mahu meninggalkan Ammu tersebut..Ammu tu berkata, "Okey-okey LE 5" - dengan muka redha je...

Dengan riang gembira kami pulang.. Dekyah membuka cerita - =,=' cerita apakah???
(status : suspen )..
" Akak nak tahu tak, tadikan masa kat Regab.. Ammu yang jual keledek tu ambil sebiji buah -Dekyah pun tak pasti buah apa.. dia tanya penjual di kedai Regab berapa harga buah tersebut..dengar je harga buah tersebut Ammu tu terus letak balik"

Terus hati saya dilanda serba salah dan kasihan..ermm..Mungkin harga yang dinaikkan Ammu untuk keledak yang kami beli ingin digunakan untuk membeli buah tersebut..
Macam-macam bermain difikiran..Mungkin anak dia teringin makan buah tersebut ke..atau mungkin Ammu tu sendiri yang teringin sangat nak rasa buah tersebut..
Kadang-kadang Ammu yang naikkan harga ni bukan kerana mereka Cekik Darah.. Tapi mungkin juga mereka terdesak atau terpaksa..kadang kala pemikiran kita haruslah melangkaui pemikiran luaran.. Kerana apa yang tersembunyi didalam sukar dilihat atau mungkin juga tidak kelihatan langsung..

P/s : cuba la memahami keadaan situasi orang lain..Sesuatu terjadi pasti ada yang tersembunyi..Kita tidak tahu.. tetapi INGATLAH bahawasanya
ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Sunday, September 25, 2011

cerita lama~saje nak ungkit balik..^_^



gambar sekadar hiasan


Wah..Wah..Dah lme bebenor teman ghase tak memuatkan blog teman dgn entri-entri terbaharu. Kali ini nana nak ceritakan tentang hari ulangtahun kelahiran Nana yang disambut oleh ahli beit nana kat 4b tu..
Masa kejutan tu diadakan nana duduk je kat rumah. Sememangnya mereka pandailah merancang. Sebabnya sampai la ni depa tak bagitahu rancangan mereka tu..
Puas la mereka berselindung dengan aku dan Kak Rehan. Tiba-tiba hari ni makan Hadramout. Pastu nak makan sama-sama. Pernah je tak makan sama-sama takde masalah pun. Barulah teman faham..
Patut la Kak Humaira kata pergi Genena Mall. Pastu kejap dia kata dia pergi pasar pula. Dia boleh kata dia tahu pasal Muzoharot tu kat TV. Tengok kat suq tamin. Kan pelik tu. Selama beberapa bulan dan beberapa kali aku pergi pasar tak pernah perasan pun ada dan wujudnya TV di Suq Tamin tu. Rupa-rupanya mereka pergi Genena Mall kemudian baharulah pergi ke Pasar..
Nak dipendekkan cerita lepas maghrib tu nana dengan Kak Rehan pun bersiap sedia la nak makan. Tiba-tiba Kak Wa bawa kek coklat+kekacang. Sambil tu kedengaran la lagu Sanah Helwa (Happy Birthday to you~ Happy Birthday to you~) Aku memang menjangka Kek tu untuk kak Rehan sahaja. Walaupun jarak hari lahir aku dengan Kak Rehan cume beberapa Hari sahaja tapi memang tak jangka la kek tu untuk kami berdua. Kak Rehan 26 Mei dan Nana 30 Mei. Nama Nana ada kat atas kek tu. Hihi. Walaupun wish agak awal aku tetap terharu jugaklah dengan sambutan ni.. Ribuan terima kasih juga buat Liyana Rusydan sebab sudi bawa kek tu dari simpang jalan ke RNSK..^_^

P/s::mekasih buat semua warga ahli beit 4B yang masih merahsiakan harga kek sedap tu. Sungguh terharu la nana dan Kak Rehan dengan kalian ni.. Asue Syira ~ Kak Wa~ Kak Syaza ~ Kak Humaira’~ Kak Sue terima kasih..

Saturday, June 11, 2011

عندما يتحرك الأصابع

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Mari kita sama2 ucapkan selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad
صلى الله عليه وآله والسلام


alhamdulillah di petang yang penuh keberkatan ni nana dapat menaip dengan riang kat blog nana ni..

nana tau sekarang ni mejoriti sibukkan..
masing-masing nak exam kn..
nana doakan anda semua dapat jawab exam dengan baik dan mendapat result yang baik ye..
insyAllah amiiinn ya rabb..
berusahalah!!!!

Tuesday, March 22, 2011

nana Transit ni!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Apa khabar semua? Harap berada dalam rahmat serta redha الله تعالى ..
Mari kita sama2 ucapkan selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad
صلى الله عليه وآله والسلام

Entri kali ni nana saje je nak menaip sesuatu.. huhu..
nana sekarang berada di Doha , Qatar.. Tak tau nak buat apa nana pun menulis la.. Facebook pun nana dah tutup.. (haa siapa yang kata nana tak mampu nak tutup fb tu.. nana dah tutup dah!)

Kat lapangan ni macam ragam nana tengok.. Bila tengok macam2 ragam ni kan nana teringat pulak klip video Maher Zain dengan lagunya yang bertajuk 'The choosen One'
Macam2 sunah baginda Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله و السلام
serta budaya2 yang baik yang mana boleh dijadikan contoh dalam kehidupan seharian kita..

Bila tengok Maher Zain pulak teringat tenaga pengajar nana kat Maahad Ahmadi Gemencheh.. Ustaz Khedr Khedr Gabr

Rindu pulak kenangan masa STAM.. Ada yang nyorok tak mau buat presentation..
Ada yang kena halau dengan Ustaz Idris.. Bila kelas ustaz Idris memang tak mahu tido punya.. hihi.. gerun punya pasal.. Apapun ustaz mmg the best la!
Bile cerita pasal STAM ni pulak teringat SPM.. Hari ni di Malaysia pelajar SPM dapat result mereka.. semoga semuanya baik2 belaka.. Semoga cemerlang ye adik2 Maahad.. ^_^

tengok ler!


Diatas ni nana buatkan link untuk anda semua tengok Maher Zain punye video klip tu..

ok la nana nak pergi makan dulu ye.. Orang dah panggil nana nak makan kuih koci Taman Tasik Jaya.. Dapatlah ubat sikit rindu kat Malaysia (baru bertolak rindu.. huhu)


Wednesday, February 16, 2011

أنا أحبك يا رسول الله


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Terima kasih sebab masih sudi ke blog nana yang tak seberapa.. Alhamdulillah masih ada kudrat untuk menaip.. Dah lama bertangguh entri ni nana tak bertaip-taip.. Mula-mula nana dah siap separuh tapi tiba-tiba terpadam.. Rupa-rupanya masih ada di draft selepas dicheck semula..

Dalam sehari berapakali agaknya pembaca berselawat pada junjungan mulia Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله والسلام

Nak tahu tak.. Kalau di Mesir kan apabila terdengar nama baginda disebut فجأة atau suddenly atau serta-merta atau secara AUTOMATIKnya etc mereka (warga Mesir khususnya muslim) akan berselawat.. see.. berbeza dengan suasana di Malaysia yang dok ontok je bila mendengar nama Rasulullah
صلى الله عليه و آله و السلام
Buat tak tahu je.. Siap boleh garu-garu kepala lagi (nasihat untuk diri jugak ni hehe..)

Sebelum nana postkan beberapa pandangan insan-insan hebat yang nana copy dari laman sosial facebook nana ada benda nak kongsi.. Nana terbaca di buku
الرسول صلى الله عليه و آله والسلام المعلم
وأساليبه في التعليم
(Rasulullah pendidik terulung dan 40 teknik Rasulullah mengajar)
oleh Al-'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri
yang telah diterjemah oleh..
Haji Shuhadak Mahmud

Dalam buku yang menarik ni nana ada terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsi ..
Berkata Imam Nawawi dalam permulaan kitab (syarah kepada sohih Muslim) : Disunatkan bagi mereka yang menulis sesuatu hadith apabila disebut nama Allah Taala , agar menambah perkataan
الله تعالى , الله عز وجل

Atau apa-apa perkataan yang seerti (bagi mengagungkan Zat Allah Yang Maha Tinggi)

demikian jugalah ketika ketika disebut nama baginda , maka hendaklah ia menulisnya dengan sempurna , Bukan sekadar lambang sahaja (seperti yang terdapat di buku-buku Bahasa Melayu yang hanya menulis S.A.W), dan tidak pula ia hanya tertumpu pada salah satu lafaz sahaja (selawat atau salam).

Yang sempurnanya ialah
صلى الله عليه و آله وسلم

Demikian jugalah halnya ketika bertemu dengan nama para sahabat , maka hendaklah ia menulis :
رضي الله تعالى عنهم , رحمهم الله تعالى

Begitu juga ia mengucapkan perkataan (moga Allah Taala meredhainya) atau (moga Allah Taala merahmatinya) ke atas para Ulama' dan golongan solehin. Walaupun pada asalnya , perkataan ini tidak disebutkan dalam kitab yang disalinnya , kerana ia bukanlah suatu riwayat , sebaliknya ia cuma satu doa' . Selain itu , janganlah ia jemu untuk mengulangi perkataan (doa') ini , walaupun ia berulang dalam kitab yang ditulisnya .

Namun begitu bagi mereka yang mencuaikan perkara ini , maka sesungguhnya ia telah kehilangan kebaikan dan keberkatan yang banyak .

Itulah serba sedikit perkongsian yang nana nak kongsi .. Banyak lagi perkara yang menarik nana nak kongsi tapi kalau nana tulis panjang-panjang kang orang kata nana nak taip satu buku masuk dalam entri ni.. nana cadangkan budiman serta budimanita diluar sana tu sudilah kirenye mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku yang menarik ini.. sekitar Rm28 kalau semenanjung la.. Sabah Serawak tambah sehinggit la ye.. =)

haa sekarang nana nak share pulak pada pembaca yang bijaksana ni beberapa komen yang nana dah Copy and Paste dari facebook.. Komen ni diberi oleh bijaksana , cerdiksini serta pandaisitu yang nana rahsiakan siapa orangnya.. sesiapa yang sangatlah perihatin ni dia mungkin akan perasan gerangan siapakah yang memberi komen ni..

Wall pertama
"Orang yang paling sama akhlaknya dengan akhlak Rasulullah adalah orang yang paling hampir dengan baginda pada hari akhirat kelak"..
Ayuh, marilah berakhlak sebagaimana Rasulullah saw agar luahan hati kerinduan kita kepada baginda tidak palsu.. Salam Maulidur Rasul 1432H..

Semoga kami berpeluang menatap wajahmu Ya Rasulallah, bersama ...dgnmu wahai kekasih Allah... T_T
اللهم صل على سيدنا محمد، يا رب صل عليه وسلم
Wall kedua
Mubarak juga menyumbang untuk rakyatnya, iaitu dengan meletakkan jawatan. Andaikata kedengaran dia sakit,doakanlah kebaikan buatnya. Dia mungkin 'checkmate' di hati rakyat, tapi masih ada ruang di sisi Allah. Optimislah, sekalipun pahit. Kerana Rasulullah itu adalah Nabi pemaaf. Sambutlah maulid dengan ruh amalan,bukan sekadar ucapan meniti lisan. Itulah objektif sebenar memperingati insan junjungan
Wall ketiga
Sedih hati ini, Rasul (saw) hanya diingat hanya pd 12 R.Awal setahun sekali, sementara Sunnah dan gaya hidupnya dilupakan setiap saat.

sekadar disini sahaja la perkongsian nana untuk pembaca blog nana ni.. jemputlah ziarah lagi dan nantikan entri-entri seterusnya..
(macam iklan pulak :)) hihi)

P/s : sebarang perkongsian sila tinggalkan dibawah ni ye.. :))








luang masa sekejap~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

kali ni nana tak de la nak bercerita sangat.. Niat nana nak tidur dah tadi tapi memandangkan ada seorang kawan nana ni dia minta singgah blog dia nana pun ingat nak singgah blog nana sekali la.. hehe..

adoi sakit perut dengan kawan nana ni.. Dia memang kelakar.. Rasanya kalau dia tak de dalam kelas tu mesti kelas tu sunyi.. merepek bagilah kat dia.. hehe.. dia ada blog.. nama blog dia berkaitan dengan makanan.. kalau kita nak buat kek batik kita akan guna biskut tu.. ye ~biskut mary~ apa yang nana suka tentang blog dia ialah dia ada prinsip dalam blog dia.. Prinsipnya :
aku ada biskut aku kongsi..
aku tak kedekut..

baguskan.. walaupun dia gila-gila tapi ada bagusnya.. hehe.. antara yang dia coret dalam blog dia seperti berikut..:

  • xcely ak buat blog nie ade tujuan ! tujuan yg baik , n tidak ade kene mengena yg hidup ataupun yg separuh hidup atau pun mereke yg berpura² hidup . err , cm x lawak je =,=' adoi !
  • biskut ? knape biskut ? knape x roti ? knape x keropok ? kenape x lekor ? haha . maksud biskut yg ak maksudkn ialah story , knowladge dan bende² yg sewaktu deganye . maksudnye, bende² dalam hidup ak yg ak boleh kongsi ! yeah ! gadjet masih tidak ade untuk aku menyempurnakan blog ak nih ! so ak share ape yg aku mampu !
  • kita ade biskut kita kongsi , jgn la ade biskut makan sorunk² dalam almari !
P/s : hehe.. aku copy paste ayat ko ni.. sebab bagi aku ayat ko ni unik dan penuh makna..

untuk kau wahai mamber : Aku doakan ko berjaya dalam bidang yang kau ceburi.. dan semoga berjaya mendapatkan dslr yg kau impikan.. ^_^~