Wednesday, February 16, 2011

salam @ Assalam ??


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Dan jawapan bagi mereka yang menyampaikan salam hendaklah dijawab dengan

عليك و عليه السلام ('alaika wa 'alaihis salam) ~untuk salam dari lelaki kepada lelaki

عليك و عليها السلام ('alaiki wa 'alaihas salam) ~ untuk salam dari wanita kepada wanita

dan jawab bagi yang ramai mengikut pada qawaid bahasa arab..

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Nana baru je terbaca artikel ni di laman sosial facebook .. Harap-harap pembaca dapat menyebarkan info ni ye..

Saturday, February 12, 2011

gambar_gambar


~madinatul hujjaj


di International Cairo Airport~



ni la antara gambar-gambar yang sempat nana ambil di go0gle.. kalau ikutkan nana pun tak banyak gambar.. hehehe..

Monday, February 7, 2011

therourate de' egypt

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

terima kasih sudi singgah kat blog nana ni.. erm entry kali ni kan nana nak cerita pasal pengalaman nana masa darurat berlaku di mesir yang baru-baru ni berlaku..

Kalau nak ikutkan kawasan kat nana tinggal tidak la begitu membimbangkan.. kawasan lain nana tak tau la kan.. Tapi mengikut pada berita kat mini tv (dalam handset asue syira) nampak macam dahsyat.. Bagus jugak pakcik2 arab sekitar rumah nana ni.. Bila berlaku rusuhan ni depa macam bersatu hati nak lindungi kawasan tempat tinggal mereka.. Bagus2.. respect them..

First day yang nana perasan ada rusuhan bila tengah-tengah malam nana tengok cerita dengan kak rehan. Tiba-tiba dengar macam bunyi tembakan dan jeritan.. ermm.. nana pun sebenarnya tak pasti bunyi apa. Samada bunyi mercun ka atau bunyi pistol ka atau apa ka.. Erm..

Anyway banyak jugak cerita yang nana dengar kalau nana baru lepas talefon sesiapakan mesti akak bilik akan tanya apa cerita baru.. hehe.. even mak atau siapa-siapa la telefon..

Dikawasan nana ni ada arab jaga.. depa bawak kayu parang semua la.. hehe.. tapi yang paling best depa sempat lagi tengok tv kat simpang tempat depa dok berkawal.. tak tahu la mereka cucuk gune plag mana.. mungkin guna betry kot..

Hari Khamis 3 hb febuari 2011

today is the day.. lepas macam-macam khabar angin nana dengar yang diterbangkan oleh angin-angin mesir yang sayup meniup..barulah dapat keputusan semalam (hari rabu) bahawasanya kami akan di hantar ke Jeddah.. masing-masing dalam hati gumbira jugak la.. terdetik nak menunaikan ibadah umrah.. Tapi sekali lagi kedengaran khabar angin yang mengatakan kami tidak dibenarkan menunaikan Umrah atas faktor-faktor tertentu seperti masalah visa dan sebagainya..

Hari ini trip pertama pemindahan pelajar-pelajar Mesir ke Jeddah akan diadakan..
ermm..............................................................................................................................................................
agak lama kami menunggu di Cairo International Airport.. Dari pagi bawa ke tengahari bawa ke petang.. Barulah selesai urusan kami.. itu baru check in dalam pukul 4 lebih.. ye.. benarlah.. penantian satu penyeksaan~ huhu.. takpe-takpe nana kena praktis2 jugak menanti-nanti ni.. satu hari nanti nana kena tunggu.... Sabar tu kan Indah <3

Hari Jumaat 4 hb Febuari 2011

Sampai Jeddah.. still kena tunggu lagi tu.. sampai-sampai kamera sana sini.. cikik cikik.. bukan saja dari wartawan malah dari pelajar-pelajar ni jugak.. Mata masing-masing dah pedih dan mengantok sangat tapi cover je (nak cakap pasal mata sendiri sebenarnya huhu..)
Alhamdulillah selamat sampai pemandangan kat Jeddah pun tak dapat nak tengok sebabnya terlelap dalam bas.. ada la terbangun jap sebelum bertolak.. Sebab terdengar ada orang membebel.. "asal aku datang je penuh" haha.. siapakah dia.. Kesian.. masa dalam flight pun macam tu jugak.. haha.. tengok-tengok yang belakang dah penuh.. kena la mereka berdua duduk dihadapan.. Haha.. tergelak sendiri aku..

Kami menetap di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Hujjaj (betul ke?? klu salah tolong betulkan ye) الحمد لله... ada jugak tempat menginap.. layanan pun ok.. Banyak barang free dapat.. selipar.. baju.. ubat.. air mineral dan sebagainya..

Masa pegi jumpa pegawai di pejabat (sebab nak beli simkad ) nampak la beberapa pelajar tolong pegawai mengupdate senarai nama pelajar yang menetap disitu.. (bagus2)


Hari Sabtu 5 hb Febuari 2011

Tiada aktiviti
pun.. hanya makan dan tidoq je... dan solat.. perjumpaan yang orangnya ghaib suara je kedengaran.. nak bukak laptop kena pergi pejabat. Satu hal lagi nak siap la kan.. Nak menapak lagi.. agak bosan juga la..

Tup-tup ada perjumpaan.. dato' tu mengisyhtiharkan bahawsanya kami akan dibenarkan pulang ke Malaysia.. (ehem2.. Testing2.. Malaysia o0h tanah air ku~~) bukan main lagi ye.. Bertepuk masing-masing. kok umumkan "ok besok boleh balik ye.. Balik ke kaherah.." hehe.. mesti ada yang tarik muka.. kui..kui..kui..

Dato' tu kata penghantaran pelajar-pelajar ke Malaysia akan ikut First in First out..
bimakna... siapa yang First masuk Jeddah dia lah First yang keluar dari Jeddah untuk pulang ke Malaysia..

Hari Ahad 6 hb Febuari 2011



Balik.. naik kapal terbang dalam waktu maghrib..
dalam flight yang poning-poning lalek.. adoi2.. dah nak turun baru la ok sikit..

Hari Isnin 7 hb Febuari 2011


sampai pun ke Malaysia (ehem2.. Testing2.. Malaysia o0h tanah airku) Alhamdulillah.. sebelum tu dapat la turun dengan selamat dan jayanya.. huhu.. Masa nak turun tangga flight tiba-tiba orang sebelah di angkatnya sepanduk.. bertulis Terima Kasih.. dah nana di tuduh oleh zulfadhli sebagai pemegang sepanduk.. adoi.. bukan den la!! den yang kena pulak ye..

Apapun Alhamdulillah selamat sampai.. hari ni memang takkan nana lupa.. huhu.. ada kenangan.. kui..kui..kui..

Walaupun orang dok heboh therourate de egypt nana tetap sayang kan mesir.. Rasa sayang nak tinggalkan bumi Mesir tu.. teringat kat...

Syeikh wail , Syeikh Asyraf , Syeikh2 yang lain, pakcik to'miyyah belakang rumah , penghantar tacobe dan hadramaut , ustaz beras(tibe2 je) , pemandu bas 24ج , pemandu tremco , bawwab , mama2 yang ada , oh ye tak lupa juga mama yang di jawazat ye.. yang suka makan to'miyyah ketika bekerja , Ammu yang langgar saya kelmarin, Betty the Fatty Cat dan semua warga mesir

Memang anda semua tidak akan dilupakan..


Saturday, January 15, 2011

comel sungguh mereka~


Assalamualaikum.... teringat detik mula2 pindah-pindah bilik sekitar Rumah negeri 9 kaherah diadakan.. sedih je.. muram je.. jadi pendiam aku.. tapi dah lame2 gumbira rasanya... lalala~ kali ni nak cerita pasal akak-akak rumah yang comel-comel belaka.. akulah satu-satunya adik baru dalam rumah ni (baru lagi ke?? dah 2011 dah ni) hihi..


kak rehan.. : comel orang nya.. boleh dibawa berbincang.. kalau nak tanya pendapat pun boleh.. macam pergi kelas kaunseling rasenye..


Asue Shahirah : Manis je orang nye.. sporting.. rajin..


Kak Wa : tomey2.. baik hati.. kiut miut.. suke bagi orang makan.. hihi.. (sori bukak rahsia akak)


Kak Myra : Manis je Kembar siti ni.. hihi...


Kak Suhada : dah macam akak betul dah.. macam akak kandung.. pernah cakap kat dia "saya takde akak.. (nada sedih la tonon2 nye kan hehe,,) " dia kata, "kita akak nana" (mo0d sangat terharu)
kak Syaza : lemah lembut + sopan santun.. sangat tekun belajar.. tak toleh kiri.. tak toleh kanan.. insyAllah jadi doktor berjaya tu..
P/s: Nana doakan moge sume akak2 rmah nana berjaya didunia dan Akhirat.. lebih2 lagi tgh musim2 imtihan ni sume dok belajar.. Nana nak berjaye macam akak2 rumah nana ni.. ^_^ sayang sume~

musim sejuk~..

~ selalu dengar kapal terbang lalu ~


Assalamualaikum buat pembaca blog ni.. senyummm… ^_^ Tatkala hujung2 jari mengigil kesejukan di musim sejuk ini.. nak menaip pun berat rasanya.. Hari ini (14 januari 2010) aku nak cerita pasal hujan.. Tatkala aku dengan kak suhada tengah seronok tengok gambar sambil-sambil dengar lagu tetibe hujan turun.. waah.. seronoknye.. Seronoknye Mesir memang jarang-jarang ditimpa hujan.. Alhamdulillah hujan rahmat barangkali.. Hujan yang turun menandakan suhu di musim sejuk ini bertambah ekstrem.. Kelihatan mama-mama mula menutup tempat sidaian pakaian mereka dengan plastik. Kenapa diorang tak angkat baju2 diorang.. Kebiasaannya hujan akan turun sekejap je.. Sebab tu mereka tak angkat baju-baju mereka.. Memang tepat jangkaan hujan dah berhenti..
Sedapnye aiskrim coklat Herfy yang kak wa belanje.. Bagus sangat masa musim sejuk-sejuk ni makan aiskrim. . mengigil!! Lihaf (selimut tebal) mula memainkan peranan.. Sakhonah (pemanas air) mula dipasang. Selapas gayat sebentar melihat hujan yang turun kami sambung balik tengok gambar dan dengar lagu..
Tiba-tiba hujan turun kembali.. wahh…!! (penyakit gayat datang balik hehe..) Tapi kali ni lain sikit dari tadi. Kami pandang je hujan turun melalui tingkap yang tertutup. Tiba-tiba aku rasa seperti ada orang baling batu dari tingkat atas. Eh sape yang nak main perang batu ni. Lagi sekali batu turun dari atas. Kak Suhada membuka tingkap. Dengan penuh keturajaan aku menjerit “ hujan batu la kak suhada” Apabila aku tengok kat rumah-rumah lain orang-orang arab pun dok keluar kat balkoni mereka nak tengok hujan batu.. Ada satu batu terjatuh di kawasan tepi tingkap..Dalam hati “ o0 Air batu ke..” mungkin disebabkan suhu yang terlampau sejuk telah menyebabkan air hujan menjadi ais kot.. (bertambah gayat la kami). Hujan kali ni diiringi dengan angin yang kuat . Nampak ada cebisan kain / kertas atau dalam bahasa ringkasnya sampah berterbangan.. daun-daun..
Kelihatan mama-mama sibuk mengangkat baju… tak lama lepas tu berhenti balik hujan air batu tu.. Ni first time dalam hidup merasa hujan ayak batu.. huhu.. walaupun hujan batu dinegeri orang hujan asid di negeri sendiri aku tetap rindu kat Malaysia.. huhu..


Memory of Winter~

Monday, January 10, 2011

pembetulan~

Assalamualaikum buat pembaca~

tujuan aku menulis post ni adalah untuk membetulkan balik apa yang telah aku tersalah sangka buat sahabat aku.. susulan dari post aku yang sebelum ni yang ada mengatakan aku kecewa dan hampa bilamana aku tak dapat nak bukak blog seorang sahabat aku ni.. sebenarnya sahabat aku ni telah pun menutup blognya.. katanya dia dah tak minat menulis..

mungkin juga dia mempunyai masalah yang dia tak dapat nak ceritakan kat aku.. Apa pun aku doakan sahabatku ini terlerai kesedihannya.. Berkurang bebannya yang kelihatan seperti berat.. Setahu aku blog merupakan kegemarannya.. Tak pe la mungkin dia mempunyai masalah tersendiri..

aku jugak doakan agar dia dibawah rahmat Allah dan semoga cepat sembuh..

Salam sayang dari Zana Sahabatmu.....

Monday, January 3, 2011

terkilan..

kenape?? ape salah aku.. aku sedih campur terkilan.. apa yang aku dah buat.. aku sedar aku tidak selayaknye cakap macam ni,, sebab aku mungkin telah melakukan kesilapan.. aku hanya manusia biasa.. tak lari dari melakukan kesilapan..

tadi try bukak blog seorang kawan ni.. tibe2...

This blog is open to invited readers only


dan...

It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

sedihnye.. mengigil tangan aku menaip ni.. dia yang aku kenal baik orangnya.. aku tak tau la mungkin ini memang salah aku.. aku tidak selayaknya untuk berkawan dengannya barangkali..
sekarang aku dah tutup facebook.. biar lah dia tak perlu tengok aku lagi...

moge dia bahagia... aku doakan... amin... jika hina sungguh diri ini buatnya jauh kan lah dia dari melihat diri ini.. jangan kelihatan walau sekelumit.. jika terdetik rindu dihatinya Ya Allah Kau pautkanlah kembali kasih kami.. walaupun baru berkenalan dan jarang berhubung bagi ku kau tetap kawan ku...

zana tetap syg kamu !