Monday, February 7, 2011
therourate de' egypt
السلام عليكم
terima kasih sudi singgah kat blog nana ni.. erm entry kali ni kan nana nak cerita pasal pengalaman nana masa darurat berlaku di mesir yang baru-baru ni berlaku..
Kalau nak ikutkan kawasan kat nana tinggal tidak la begitu membimbangkan.. kawasan lain nana tak tau la kan.. Tapi mengikut pada berita kat mini tv (dalam handset asue syira) nampak macam dahsyat.. Bagus jugak pakcik2 arab sekitar rumah nana ni.. Bila berlaku rusuhan ni depa macam bersatu hati nak lindungi kawasan tempat tinggal mereka.. Bagus2.. respect them..
First day yang nana perasan ada rusuhan bila tengah-tengah malam nana tengok cerita dengan kak rehan. Tiba-tiba dengar macam bunyi tembakan dan jeritan.. ermm.. nana pun sebenarnya tak pasti bunyi apa. Samada bunyi mercun ka atau bunyi pistol ka atau apa ka.. Erm..
Anyway banyak jugak cerita yang nana dengar kalau nana baru lepas talefon sesiapakan mesti akak bilik akan tanya apa cerita baru.. hehe.. even mak atau siapa-siapa la telefon..
Dikawasan nana ni ada arab jaga.. depa bawak kayu parang semua la.. hehe.. tapi yang paling best depa sempat lagi tengok tv kat simpang tempat depa dok berkawal.. tak tahu la mereka cucuk gune plag mana.. mungkin guna betry kot..
Hari Khamis 3 hb febuari 2011
today is the day.. lepas macam-macam khabar angin nana dengar yang diterbangkan oleh angin-angin mesir yang sayup meniup..barulah dapat keputusan semalam (hari rabu) bahawasanya kami akan di hantar ke Jeddah.. masing-masing dalam hati gumbira jugak la.. terdetik nak menunaikan ibadah umrah.. Tapi sekali lagi kedengaran khabar angin yang mengatakan kami tidak dibenarkan menunaikan Umrah atas faktor-faktor tertentu seperti masalah visa dan sebagainya..
Hari ini trip pertama pemindahan pelajar-pelajar Mesir ke Jeddah akan diadakan..
ermm..............................................................................................................................................................
agak lama kami menunggu di Cairo International Airport.. Dari pagi bawa ke tengahari bawa ke petang.. Barulah selesai urusan kami.. itu baru check in dalam pukul 4 lebih.. ye.. benarlah.. penantian satu penyeksaan~ huhu.. takpe-takpe nana kena praktis2 jugak menanti-nanti ni.. satu hari nanti nana kena tunggu.... Sabar tu kan Indah <3
Hari Jumaat 4 hb Febuari 2011
Sampai Jeddah.. still kena tunggu lagi tu.. sampai-sampai kamera sana sini.. cikik cikik.. bukan saja dari wartawan malah dari pelajar-pelajar ni jugak.. Mata masing-masing dah pedih dan mengantok sangat tapi cover je (nak cakap pasal mata sendiri sebenarnya huhu..)
Alhamdulillah selamat sampai pemandangan kat Jeddah pun tak dapat nak tengok sebabnya terlelap dalam bas.. ada la terbangun jap sebelum bertolak.. Sebab terdengar ada orang membebel.. "asal aku datang je penuh" haha.. siapakah dia.. Kesian.. masa dalam flight pun macam tu jugak.. haha.. tengok-tengok yang belakang dah penuh.. kena la mereka berdua duduk dihadapan.. Haha.. tergelak sendiri aku..
Kami menetap di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Hujjaj (betul ke?? klu salah tolong betulkan ye) الحمد لله... ada jugak tempat menginap.. layanan pun ok.. Banyak barang free dapat.. selipar.. baju.. ubat.. air mineral dan sebagainya..
Masa pegi jumpa pegawai di pejabat (sebab nak beli simkad ) nampak la beberapa pelajar tolong pegawai mengupdate senarai nama pelajar yang menetap disitu.. (bagus2)
Hari Sabtu 5 hb Febuari 2011
Tiada aktiviti pun.. hanya makan dan tidoq je... dan solat.. perjumpaan yang orangnya ghaib suara je kedengaran.. nak bukak laptop kena pergi pejabat. Satu hal lagi nak siap la kan.. Nak menapak lagi.. agak bosan juga la..
Tup-tup ada perjumpaan.. dato' tu mengisyhtiharkan bahawsanya kami akan dibenarkan pulang ke Malaysia.. (ehem2.. Testing2.. Malaysia o0h tanah air ku~~) bukan main lagi ye.. Bertepuk masing-masing. kok umumkan "ok besok boleh balik ye.. Balik ke kaherah.." hehe.. mesti ada yang tarik muka.. kui..kui..kui..
Dato' tu kata penghantaran pelajar-pelajar ke Malaysia akan ikut First in First out..
bimakna... siapa yang First masuk Jeddah dia lah First yang keluar dari Jeddah untuk pulang ke Malaysia..
Hari Ahad 6 hb Febuari 2011
Balik.. naik kapal terbang dalam waktu maghrib..
dalam flight yang poning-poning lalek.. adoi2.. dah nak turun baru la ok sikit..
Hari Isnin 7 hb Febuari 2011
sampai pun ke Malaysia (ehem2.. Testing2.. Malaysia o0h tanah airku) Alhamdulillah.. sebelum tu dapat la turun dengan selamat dan jayanya.. huhu.. Masa nak turun tangga flight tiba-tiba orang sebelah di angkatnya sepanduk.. bertulis Terima Kasih.. dah nana di tuduh oleh zulfadhli sebagai pemegang sepanduk.. adoi.. bukan den la!! den yang kena pulak ye..
Apapun Alhamdulillah selamat sampai.. hari ni memang takkan nana lupa.. huhu.. ada kenangan.. kui..kui..kui..
Walaupun orang dok heboh therourate de egypt nana tetap sayang kan mesir.. Rasa sayang nak tinggalkan bumi Mesir tu.. teringat kat...
Syeikh wail , Syeikh Asyraf , Syeikh2 yang lain, pakcik to'miyyah belakang rumah , penghantar tacobe dan hadramaut , ustaz beras(tibe2 je) , pemandu bas 24ج , pemandu tremco , bawwab , mama2 yang ada , oh ye tak lupa juga mama yang di jawazat ye.. yang suka makan to'miyyah ketika bekerja , Ammu yang langgar saya kelmarin, Betty the Fatty Cat dan semua warga mesir
Memang anda semua tidak akan dilupakan..
Saturday, January 15, 2011
comel sungguh mereka~
musim sejuk~..
Assalamualaikum buat pembaca blog ni.. senyummm… ^_^ Tatkala hujung2 jari mengigil kesejukan di musim sejuk ini.. nak menaip pun berat rasanya.. Hari ini (14 januari 2010) aku nak cerita pasal hujan.. Tatkala aku dengan kak suhada tengah seronok tengok gambar sambil-sambil dengar lagu tetibe hujan turun.. waah.. seronoknye.. Seronoknye Mesir memang jarang-jarang ditimpa hujan.. Alhamdulillah hujan rahmat barangkali.. Hujan yang turun menandakan suhu di musim sejuk ini bertambah ekstrem.. Kelihatan mama-mama mula menutup tempat sidaian pakaian mereka dengan plastik. Kenapa diorang tak angkat baju2 diorang.. Kebiasaannya hujan akan turun sekejap je.. Sebab tu mereka tak angkat baju-baju mereka.. Memang tepat jangkaan hujan dah berhenti..
Sedapnye aiskrim coklat Herfy yang kak wa belanje.. Bagus sangat masa musim sejuk-sejuk ni makan aiskrim. . mengigil!! Lihaf (selimut tebal) mula memainkan peranan.. Sakhonah (pemanas air) mula dipasang. Selapas gayat sebentar melihat hujan yang turun kami sambung balik tengok gambar dan dengar lagu..
Tiba-tiba hujan turun kembali.. wahh…!! (penyakit gayat datang balik hehe..) Tapi kali ni lain sikit dari tadi. Kami pandang je hujan turun melalui tingkap yang tertutup. Tiba-tiba aku rasa seperti ada orang baling batu dari tingkat atas. Eh sape yang nak main perang batu ni. Lagi sekali batu turun dari atas. Kak Suhada membuka tingkap. Dengan penuh keturajaan aku menjerit “ hujan batu la kak suhada” Apabila aku tengok kat rumah-rumah lain orang-orang arab pun dok keluar kat balkoni mereka nak tengok hujan batu.. Ada satu batu terjatuh di kawasan tepi tingkap..Dalam hati “ o0 Air batu ke..” mungkin disebabkan suhu yang terlampau sejuk telah menyebabkan air hujan menjadi ais kot.. (bertambah gayat la kami). Hujan kali ni diiringi dengan angin yang kuat . Nampak ada cebisan kain / kertas atau dalam bahasa ringkasnya sampah berterbangan.. daun-daun..
Kelihatan mama-mama sibuk mengangkat baju… tak lama lepas tu berhenti balik hujan air batu tu.. Ni first time dalam hidup merasa hujan ayak batu.. huhu.. walaupun hujan batu dinegeri orang hujan asid di negeri sendiri aku tetap rindu kat Malaysia.. huhu..
Memory of Winter~
Monday, January 10, 2011
pembetulan~
tujuan aku menulis post ni adalah untuk membetulkan balik apa yang telah aku tersalah sangka buat sahabat aku.. susulan dari post aku yang sebelum ni yang ada mengatakan aku kecewa dan hampa bilamana aku tak dapat nak bukak blog seorang sahabat aku ni.. sebenarnya sahabat aku ni telah pun menutup blognya.. katanya dia dah tak minat menulis..
mungkin juga dia mempunyai masalah yang dia tak dapat nak ceritakan kat aku.. Apa pun aku doakan sahabatku ini terlerai kesedihannya.. Berkurang bebannya yang kelihatan seperti berat.. Setahu aku blog merupakan kegemarannya.. Tak pe la mungkin dia mempunyai masalah tersendiri..
aku jugak doakan agar dia dibawah rahmat Allah dan semoga cepat sembuh..
Salam sayang dari Zana Sahabatmu.....
Monday, January 3, 2011
terkilan..
tadi try bukak blog seorang kawan ni.. tibe2...
This blog is open to invited readers only
dan...
It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.
sedihnye.. mengigil tangan aku menaip ni.. dia yang aku kenal baik orangnya.. aku tak tau la mungkin ini memang salah aku.. aku tidak selayaknya untuk berkawan dengannya barangkali..
sekarang aku dah tutup facebook.. biar lah dia tak perlu tengok aku lagi...
moge dia bahagia... aku doakan... amin... jika hina sungguh diri ini buatnya jauh kan lah dia dari melihat diri ini.. jangan kelihatan walau sekelumit.. jika terdetik rindu dihatinya Ya Allah Kau pautkanlah kembali kasih kami.. walaupun baru berkenalan dan jarang berhubung bagi ku kau tetap kawan ku...
zana tetap syg kamu !
Friday, December 24, 2010
rindu ku buat ATOK~
tadi baru je tpon mak , atok dengan mak long..
tak tau la nape rase rindu sangat dengan atok ni.. saya rindu ATOK saya..!! aku teringat balik saat-saat yang aku habiskan masa bersama atok sebelum aku datang sini..
tadi call atok, atok kate atok kurang sihat.. nana doa atok segera sembuh ye..
call mak pulak.. mak cerita la atok dah kurang marah dah.. atok ni nak diceritakan memang pemarah org nye tapi hati dia baik..
teringat aku pernah marah atok..
aku ni memang tak baik betul.. aku pun bukannya insan yang baik.. banyak kesilapan lalu yang telah aku lakukan.. moge aku dapat islah(perbaiki) diri aku ni dari hari ke hari.. aku tak boleh terime cara atok tegur aku masa tu.. apa kena dengan aku tah.. yang paling aku sedih bila aku ingat balik yang aku ada marah atok,, atok nangis sebab perangai aku.. memang serba salah betul..
moge dosa silam ku dan akan datang diampunkan..
pastu mak kata atok semnjak dua menjak ni asyik nak berjalan je.. atok pun makin kurus, tak tegap macam dulu.. bila mak cakap camtu aku rasa nak nangis..
moge atok sembuh and sempat tgk aku grad... amin ya rabb...
Ya Ammu..!!!!!
Broadband oh broadband.. akhirnya dapat juga aku online untuk update kan blog yang sekian lama tidak ditambah cerita baharu.. macam-macam pengalaman dan kenangan yang tidak akan aku lupakan.. ade pengalaman yang bermacam selama aku berada di Ardhul Kinanah ni..
Kali ni aku akan ceritakan pengalaman dilanggar arab. Kira boleh dimasukkan dalam hari ini dalam sejarah hidupku bahawasanya aku telah dilanggar oleh sebuah kereta! Pengalaman pertama dalam hidup, aku dilanggar sebuah kereta yang aku sendiri tidak pasti kereta jenis apa yang langgar aku.
Ceritanya bermula tatkala aku dan kawan, Rodziah berjalan memasuki kuliah di Kuliah Ulum Al-Islamiyah di Hayyu Sadis. Kami hampir sampai ke kuliah. Aku melalui sebuah kereta. Kelihatan Ammu (pak cik) berkaca mata seperti leka dengan dunianya. Ammu tu nak parking keretanya kat tepi jalan tapi dia boleh ternaik ke pembahagi jalan . Terdengar suara-suara dari belakang yang cakap-cakap pasal ammu tu.. Osah Boto la Ammu ni.. Boleh la pulak ternaik kat pembahagi jalan tu.
Aku pun berjalan agak jauh dari Ammu tu.. tak semena-mena aku rasa macam kene tolak dengan kuat dari belakang . Agak terkejut aku masa tu . Aku dah tertiarap dah masa tu.. Bahagian kaki aku dah termasuk bawah kereta . Masa tu memang dah tak fikir apa-apa . Aku pandang sebelah Rodziah pun tertiarap tapi kedudukan dia lebih dekat dengan kereta . Cepat-cepat aku bangun . Malu sebab dah terjatuh. Huhu.. Tapi semua orang kelihatan macam risau je. Ammu tu dah kedepankan kereta dia. Aku tengok Rozi masih tak bangun . Tudung yang dipakainya menutupi bahagian muka dia.
Ada la rakan-rakan sejagat aku yang sama Kuliah Ulum tolong angkat Rozie . Alhamdulillah aku dan Rozie selamat. Cuma aku luka sikit ditapak tangan. Rozie pulak sakit kaki dan belakang. Pak cik2 polis yang kat bangunan tu datang kearah kami. Budak-budak Melaka yang tolong angkat Rozie tadi macam nak marah. Dia kata rasa nak belasah je ammu tu tadi . Ammu tu mintak maaf pada kami. Tak tau kenapa tak de sekelumit pun rasa marah pada Ammu tu.
Wawawahh popular aku dengan Rozie di Kuliah hari tu. Aku singgah kelas sebelah, budak-budak ni tegur “ Ni ke yang kene langgar kereta pagi tadi…?! ” aku hanya mampu cakap “ hehehe…” Masa nak balik dari kuliah aku dengan Rozie bertembung dengan budak-budak Melaka. Ada seorang akak tu menunjukkan kegeraman dia terhadap Ammu tu tadi. Haha.. Aku dan Rozie gelak je .. Akak tu bahasakan diri dia dengan panggilan angah. Dia kata memang dia dah nak jerit dah nama kitorang tapi tak sempat. Dia nampak sendiri dengan mata dia yang kitorang termasuk bawah kereta. Tu yang dia geram dengan ammu tu.
Dia kata mujurlah kitorang ni berbadan agak kecil kalau tersangkut bawah kereta terseret macam mana lah.. Dalam hati aku “ uisyh akak ni jauh fikirnya,” Tapi bila difikir-fikir balik rasa macam diselamatkan Allah. Bersyukur sangat… kadang-kadang benda-benda yang kecil ni buka mata kita bahawasanya kuasa Allah Maha Luas.. Tiada tolok bandingnya lagi.. Bayangkan seseorang boleh mati kerana tercekik apatah lagi kalau terlanggar kereta ke ape ke.. SubahanAllah!!!